SINOPSIS:
Tentang Sidi (Saeful Nazhif Satria) yang meningkat remaja dan bapanya Adman (Sharonizam Noor) yang tinggal di sebuah flet kos rendah di Johor Bahru yang dihuni karakter-karakter unik. Suatu hari, suri mereka (Maya Karin) pergi tanpa meninggalkan pesan. Awalnya Sidi terbuai dengan kebebasan otomatik yang timbul sesuai dengan gejolak remajanya dan mula ‘bersekolah sendirian’. Manakala memancing dan menikmati karya-karya P Ramlee, barangkali bagaimana Adman memenuhi ruang kosong raga dan jiwa. Lama kelamaan ruang-ruang sempit di flet itu menjadi terlalu luas dan akhirnya bisa merenggangkan mereka berdua.
AKTRES jelita, Maya Karin sudah pasti kini sedang sibuk dengan perkahwinannya yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.
Namun, Maya pernah mengatakan kepada Papa meskipun dia bergelar isteri, dia sesekali tidak akan melupakan kerjayanya sebagai aktres.
Papa memang kagum dengan Maya kerana dia adalah seorang aktres yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri dan sesekali tidak pernah mencipta kontroversi mahupun mencari publisiti murahan.
Malah, dia juga seorang aktres yang berani melakukan perubahan demi meningkatkan kualiti lakonannya dan terbaru yang Papa dapat tahu, Maya rupanya dalam diam telah terlibat dalam sebuah filem independent (indie) yang berjudul Punggok Rindukan Bulan. Pandai sungguh Maya berahsia ya!
Dalam filem yang diarahkan oleh Azharr Rudin itu, Maya memegang watak sebagai Roza iaitu seorang ibu yang meninggalkan suaminya yang dilakonkan oleh Shahronizam Noor dan anaknya tanpa pesan.
dorag berlakon kat flat lumba kuda eh? die cakap flat akan ilang... ke ade flat lain nak diroboh..kalau literally interpret pe yang si amer ni cakap la..
dalam diam diam maya karin berlakon citer ni ek.....dahsyat lah maya..aku rasa walaupun watak sikit dalam filem ni tapi lakonan maya pasti berkesan....
aku ingat lagi bagaimana BEATRICE STRAIGHT muncul dalam filem network hanya dalam 15 minit je tapi lakonannya memberangsakan sehingga beliau memang oscar best suppoting actress
setiap hari aku tgok bukit chagar..sampaila kena roboh satu persatu....sekrg dh jd padang.....tanah merah....tak sangka tapak bersejarah tu jd film......kena tonton ni...cam best jer....maya karin....