View: 4321|Reply: 35
|
Apa erti kemerdekaan kepada anda?
[Copy link]
|
|
Jom diskus apa erti kemerdekaan kpd korang.
okeh aku start dulu.
Erti kemerdekaan kpd aku hari Isnin ni adalah YAHOO!! CUTI. TAKYAH KEJE. BLEH BANGUN LAMBAT
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kemerdekaan....
jawapan poyo: boleh hidup dalam aman....boleh kata negara ini milik kita....
jawapan tak poyo: yang paling best: boleh tengok parade kat tv! |
|
|
|
|
|
|
|
Kemerdekaan x bermakna sekiranya gaji x masuk lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
merdeka paling bermakna pada teman ialah tahun 2006......... |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju ngn asep, tak bermakna kemerdekaan tanpa gaji
sbb teringin nk p ikea time merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
oops, tak menjawab soklan pk plk
erti kemerdekaan, meraikan ulang tahun malaysia bebas dr cengkaman penjajah |
|
|
|
|
|
|
|
kemerdekaan wat aku ialah.....
hari cuti dan dapat gaji....
leh bawak bini gi shoping rayer..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 dak_ker's post
kalau pi ikea....banjer akak meatballs ok....barulah merdeka namanyer....kekekkee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 yaneng's post
kene ler tunggu gaji masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Erti Kemerdekaan dalam hidupku
Aku lihat kembali sidang silam setahun lepas, sempena tema yang sama, dengan semangat yang serupa. Wacana itu harus aku ulang bacaannya berkali-kali, agar kekentalan jiwaku terkenyal dan teresap.
Tahun ini seperti juga tahun-tahun lalu. bila tiba bulan ogos, aku perasan ramai orang kita menyuarakan kepentingan penghayatan kemerdekaan. Sambutan pembebasan yang satu ini tidak harus diingat pada setiap tiga puluh satu ogos sahaja. Ia sewajarnya dirasai setiap hari, setiap jam, malah setiap masa.
Ada juga aku terseru dengan harapan pelbagai pihak yang rata-rata ingin melihat sulaman integrasi antara kaum dalam komuniti ini. Sudah terlalu lama ia lewat, dan gayanya seperti semakin dilupkan.
Malaysia, tidak wujud dengan sendiri, tidak berkembang dengan orang melayu sahaja. Ini realiti yang wajib kita sedar. Kemajuan dan keharmonian yang dikecapi sekarang adalah hasil titik peluh semua penghuni negara ini, yang dari dulu dan juga kini, yang dari luarnya selalu dianggap rapat, namun pandangan internalnya tidak sekuat yang dihasrat.
Tanyakan pada minda, adakah kita tidak sekali berprasangka atau buruk fikir terhadap kaum lain di sini, secara khusus, atau sekalipun secara umumnya. Selalu kan.
Jadi atas dasar apa kita cipta status negara harmoni yang acapkali dipampang dan diperkatakan sana sini? Mainan kata-kata untuk terus percaya pada impian yang rapuh?
Aku sedih sekali bila ramai di antara kita hidup dengan perasaan dengki dan tanggapan busuk terhadap kaum lain. Mengakulah, bila kita di kalangan bangsa sendiri, kita tercenderung untuk memisahkan diri kita dari bangsa lain. Perasaan bangsaku lebih bagus dari bangsa engkau. Biarpun cuma dalam minda, kita kadangkala dengan senang mengecam dan meletakkan keburukan orang lain di takat tertinggi pandangan mata. Setiap bangsa lain pasti ada tema hina yang dicop atas dahi mereka.
Dan ini juga berlaku intra-komuniti bangsa lain. Ia mungkin sifat semulajadi manusia, suka hidup berpuak-puak. Mungkin juga bila dalam kalangan sendiri, kita rasa lebih selamat dan mudah.
Merdekakah kita bila setelah 51 tahun negara bebas penjajah, minda kita, orang kita masih menjawat perasaan dan tanggapan kuno dan membinasakan?
Bila Tunku Abdul Rahman yang berani itu melaungkan Merdeka! pada tanggal tiga puluh satu ogos lima puluh tujuh, siapakah yang berdiri megah, mendabik dada dan melonjak gembira menjerit Merdeka! bersama? Semua yang hadir kan, melayu, cina, india, serani, singalese dan puluhan kaum lain lagi.
Malahan bukan saja orang yang hadir di saat itu saja yang berperanan memenangkan kemerdekaan, sebenarnya deretan-deretan peristiwa, parti-parti kenegaraan dan doktrinisasi fahaman, pejuang-pejuang komunis, dan perintah Darurat 1948 juga turut menyumbang jasa membentuk negara kita hari ini.
Mungkin buah fikir ini boleh ditelusuri halus-halus, dalam-dalam dan dengan teliti impak serta keberkesanannya.
Kita merdeka bila kita punyai gagasan yang sama, bekerja dan berusaha untuk memajukan bangsa dan negara, tanpa rasa ingin menindas, tanpa perlu rasa pentingkan diri sendiri dan tanpa rasa sangsi. Sentimen perkauman diasuh menjadi revolusi sentimen kebangsaan yang jitu dan satu = warga tanah melayu, yang kita kenal Malaysia hari ini.
Satu perkara yang pasti, orang pasca-merdeka [yang hidup sebelum, semasa dan selepas 1957] amat cepat menghargai pembentukan sebuah negara yang bernama Malaysia. Masing-masing mahukan keamanan dan hidup tanpa mahukan peperangan berdarah lagi. Mungkin sejarah vitalitas yang terlalu perit untuk dilawat semula, lantas ketenteraman itu diteruskan.
Namun bila detik ngeri tercetus pada 13 mei 1969, semua ketenteraman, segala harapan, segenap kebencian dan segantang hipokrasi antara kaum ketika itu terhambur keluar, bergelagar dengan kerasukan dan penuh syak wasangka. Suasana ketika itu, geger sekali. Ia sekadar menjelaskan betapa khalayak waktu itu masih unpama minyak dan air yang pantang disatukan.
Pada waktu itu, penjajah dan perosak tanahair dapat dikalahkan, dibunuh dan diusir, dan proses dekolonialisasi berjalan mengikut pelan dan masa, walau sangat perlahan di sesetengah tempat. Biarpun begitu, kerajaan pasca-merdeka yang dibentuk ketika itu kurang periksa dan terlari jangkaan betapa integrasi sesama kaum tersangat kasar dan terbiar. Dan bila peristiwa hitam 13 mei meledak, takrifan kemerdekaan tercalar dan fabrik keamanan masyarakat heterogenus tertumpah nila berwarna merah.
Mungkin pada masa itu, aura peperangan dan rusuhan masih berlegar dalam udara. Masing-masing tidak dapat lihat lingkungan nadi kebangsaan yang ingin dicucuh, untuk memarakkan rasa cintaikan negara baru ini. Sebuah negara yang merdeka. Mungkin juga penghayatan kemerdekaan ketika itu lebih bersifat peribadi dan terlalu introvert.
Dan rakyat Malaysia hari ini, seperti kita, tidak wajar ulangi kesilapan yang serupa. Kita lebih dewasa, matang dan terdedah untuk menunduk kepada kekhilafan sebesar itu.
Justeru, apa yang perlu kita buat bila setiap kali datang detik merdeka?
Mungkin kita perlu himbau kembali sejarah setahun lepas, berfikir, merdekakah kita dari sebarang belenggu yang memenjarakan diri kita untuk terus maju dan berjaya. Tidak tersekat kepada soal kerjaya, kenegaraan, famili ataupun peribadi, ianya terlibat sekali dan harus diambilkira. Betapa sukar menukar tabiat, dan kepayahan menganjak paradigma ke tahap yang lebih atas dari hari ini.
Mungkin dengan ingatan ini juga kita bakal rasa pengalaman dan liku hidup yang pernah dilalui mereka sebelum 51 tahun yang lalu. Mungkin keadaannya, halangannya, cabarannya serta ancamannya sedikit berbeza, tapi jauh dalam diri di sebalik rupa dan paras, kita sebenarnya menghirup jiwa, mendokong aspirasi dan visi-visi menghidupi semangat yang sama.
Oh ya!!! Bicara tentang erti kemerdekaan negara (kepada aku?)
Bagaimana nak dijelaskan secara jujur. Aku anak yg lahir sesudah merdeka. Generasi yg lahir, membesar ketika negara di puncak keamanan. Tahu tentng perjuangan merdeka hanya melalui buku-buku sejarah di sekolah. Atau mungkin sekadar mendengar cerita-cerita warga-warga yg hidup di zaman pergolakan terpaksa berjuang menumpahkan darah dan keringat untuk merebut kembali negara tercinta dari si zalim penjajah... atau setidak-tidaknya berjuang juga demi mencari sesuap makanan.
Kita generasi pengisi kemedekaan tersebut. Isi? apa sebenarnya yg telah kita isikan. Untuk mempertahankan terus kemerdekaan yg kita kecapi... atau paling tidak terus memperjuangkan keamanan yg telah sedia ada supaya tidak diganggu cela.
Kemerdekaan tahun ini. aku merasakan tidak seperti tahun-tahun lalu. Ada sedikit kepincangan yg berlaku. Bagaikan muncul api yg perlahan-lahan membakar sekam yg sekiranya terus kita biarkan, turut akan menghanguskan diri kita bersama di dalamnya.
Keadaan ini bagi aku telah memudarkan lagi erti merdeka itu sendiri... masalah pergolakan politik yg semakin keterlaluan... masalah ekonomi yg semakin menekan... masalah perkauman (seperti kebiasaan) yg semakin tak keruan...
Jadi bagaimana hendak menterjemahkan erti merdeka secara khusus dalam keadaan seperti ini... Semoga kemerdekaan kali ini tidak hanya merdeka pada fizikal sahaja... merdeka biarlah merdeka jiwa danmerdeka minda bersama...
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 AnBulisia\ catat
merk dalam mode ilmiah.... |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tau 31 ogos tu cuti |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 AnBulisia's post
wooohooooo kalau masuk pertandingan esei....boleh menang nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by buahcinta at 27-8-2008 10:38 AM
merdeka paling bermakna pada teman ialah tahun 2006.........
awat 2006?? ada apa??? teman tertinggal LRT nih |
|
|
|
|
|
|
|
merdeka kali ni (pd teman) ... bila teman baik n sihat sejahtera .. bleh lg menggunakan suara power teman nih dlm mana2 talk n sesi yg bermanfaat .. bg kesedaran kat semua pihak yg pencegahan dadah tu adalah koje kita semua ...
merdeka juga kalau teman sihat nih teman bleh sambung aktiviti menjahit, mengait, cross stitch n berkebun mcm biasa ...
err ... tak ada ke yg nak berkongsi hobi dgn teman nih??? alang2 dok 1 negeri .. kongsi hobi plak tuh .. beshnyer .... (pertanyaan ni utk forumer pompuan j)
|
|
|
|
|
|
|
|
erti kemerdekaan...
huhu, best sambut kt msia walau xpernah sambut pun...
dah 4 thn kat Indo... dua kali merdeka sambut
erti merdeka: bebas |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|