Periuk & Sudip tembaga...ianya tebal..xmudah hangus ..tp BERat
Periuk Tembaga
Peralatan yang biasa digunakan di dapur ini biasanya amat digemari oleh suri rumah khasnya, ini kerana mereka lebih arif dan mempercayai bahawa barangan yang diperbuat daripada tembaga ini bukan sahaja cantik, malah, tahan agak lama berbanding dengan bahan buatan logam yang lain. Terdapat berbagai jenis periuk tembaga yang dapat lihat di antaranya ialah periuk air, periuk kukus tembaga dan periuk yang biasa digunakan untuk menanak nasi.
Sehingga kini penggunaan periuk tembaga masih digunakan di merata tempat tidak mengira di pendalaman mahupun bandar. Masyarakat hari ini menggunakannya walaupun berbeza etnik samaada Melayu, Cina atau India.
Di antara kegunaan periuk tembaga ialah bagi memasak air gula melaka/merah bersama santan kelapa sebagai bahan penyediaan kuih tradisional Melayu.
|