CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6634|Reply: 74

KEMPEN ANTI ZIONIS - TABUNG PALESTIN FORUMER PERAK

[Copy link]
Post time 6-1-2009 09:00 AM | Show all posts |Read mode
boikot product ZIONIS



KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH
KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN


PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.

Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.

Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.

Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.

Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.

Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM



[ Last edited by  TUKANGKEBUN at 8-1-2009 08:47 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 09:09 AM | Show all posts
yop, camana dengan org2 kita yang kerja kat tempat cam restoren macd, promoter ibm, kilang kitkat. depa kena berenti keje ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 09:10 AM | Show all posts
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, ****x, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action
500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz

* Sumber fauzynm.tripod.com

[ Last edited by  TUKANGKEBUN at 6-1-2009 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 09:22 AM | Show all posts
kalo semue le umat2 Islam bersatu boikot produk deme nih...lingkup US ngn zionis nih wehh...:@
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 09:28 AM | Show all posts

Balas #2 gelangkristal\ catat

berenti je lar keje... dah tau ko keje ngan yahudi laknatullah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 6-1-2009 09:28 AM
berenti je lar keje... dah tau ko keje ngan yahudi laknatullah.


gitu le seeloknye....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-1-2009 09:45 AM | Show all posts

Reply #4 dainese's post

kita buat cam mana kita boikot product BELANDA dulu

sampai skrg aku udah idak singgah SHELL:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 09:51 AM | Show all posts
byk gak barang dr israel ni kan..
mostly sumenye yg kte slalu pki ngan mkn..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 6-1-2009 09:45 AM
kita buat cam mana kita boikot product BELANDA dulu

sampai skrg aku udah idak singgah SHELL:@ :@ :@


orang kita bukan idak boleh nak buat..boleh sebenonyer....
teman pun idak pakai shell..baik pakai petronas...:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by tangopapa at 6-1-2009 09:28 AM
berenti je lar keje... dah tau ko keje ngan yahudi laknatullah.

Originally posted by dainese at 6-1-2009 09:32 AM
gitu le seeloknye....



kita tanya untuk deme yg keje kat tempat gitu,
kita sendiri keje kat kompeni cina mesia yang langsung takde kene-mengena dengan yahudi atau amareka
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:28 AM | Show all posts

Reply #3 TUKANGKEBUN's post

macamana dengan pasaraya pulak TK?.....
yang mana satu yahudi punya.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:28 AM | Show all posts
jom ikut aku BOIKOT
duk dalam hutan
bekebun dan sara hidup anak dan bini dalam hutan

mostly barangan kita guna berkait rapat dengan produk keluaran YAHUDI !!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 11:11 AM | Show all posts
Benda ni rasanye dah berbuih mulut kita ajak orang BOIKOT, tapi kurang sambutan. Apa tidaknya kekadang orang yang beria-ia ajak boikot masih tak sedar jenama yang digunakan  Macam handphone Nokia dan alatan komputer Intel yang sedang kita gunakan sekarang ni.
Bayangkan lepas kusyuk berdoa semasa selesai sembahyang terus menyedut Malboro sambil menghirup secawan Nescafe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 11:19 AM | Show all posts

Reply #13 harmerz01's post

bnyk cara tanda keperhatinan kita, terpulanglah pd memasing

tepuk dada tanya diri sendiri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 11:20 AM | Show all posts

UTUSAN MALAYSIA 6/1/9

Rakyat berkuasa boikot produk AS

PUTRAJAYA 5 Jan. - Usaha untuk memboikot produk Amerika Syarikat (AS) dan Israel harus dimulakan oleh rakyat atau pengguna kerana adalah sukar untuk kerajaan mengambil langkah yang sama memandangkan AS adalah sebuah kuasa besar dunia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan di seluruh dunia mungkin tidak akan memboikot AS kerana takut pada ancamannya tetapi rakyat mempunyai kebebasan mutlak untuk berbuat demikian.

''Orang ramai mesti bertindak seperti dengan tidak meminum CocaCola, mereka boleh membuat pilihan secara bebas kerana tidak ada pihak yang akan memaksa mereka meminumnya.

''Lagi pun rakyat tidak akan mati kerana tidak meminum minuman tersebut," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun tindakan memboikot produk Amerika boleh menimbulkan kesan tertentu, ia perlu dilakukan demi kebaikan dunia.

''Kalau kita mahu lakukan sesuatu yang baik maka kita kena bayar suatu kos atas tindakan ini.

''Kita tidak boleh boikot segala-galanya kerana Amerika miliki teknologi tertentu tetapi usaha kita masih boleh membawa hasil jika boikot diadakan secara selektif," katanya.

Beliau dalam pada itu terus menyeru negara-negara di seluruh dunia memboikot mata wang AS.

''Jika kita tidak menggunakan mata wang Amerika, maka negara itu tidak boleh menjalankan perdagangan atau mengaut keuntungan dan terpaksa menghentikan pengeluaran senjata.

''Duit ini digunakan untuk menghasilkan senjata dan mereka yang simpan duit dalam mata wang Amerika adalah menyumbang kepada pengeluaran senjata untuk membunuh mereka yang tidak bersalah," katanya.

Beliau berkata, negara lain harus mencontohi Malaysia dengan menjadikan Rusia sebagai sumber pembekal senjata yang baru.

''Malaysia pernah tertipu ketika membeli peralatan perang dari AS apabila jet pejuang yang kita beli itu tidak dilengkapi dengan senjata," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2009 11:28 AM | Show all posts

UTUSAN MLYSIA 6/1/9

Kempen Sejuta Tandatangan
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Persatuan Setiakawan Dan Persahabatan Malaysia-Palestin (PSPMP) akan menjayakan Kempen Sejuta Tandatangan untuk mengutuk keganasan dan kezaliman rejim Israel ke atas rakyat Palestin.

Timbalan Pengerusinya, Syed Hassan Shahab berkata, untuk tujuan itu, pihaknya memerlukan sukarelawan untuk menggerakkan kempen tersebut.

''Rakyat Malaysia seharusnya melahirkan kemarahan melalui cara lebih bermakna dengan menurunkan tandatangan sebagai mendokumenkan kesungguhan dan keprihatinan mereka dalam isu Palestin.

''Orang ramai yang berniat menawarkan diri sebagai sukarelawan kempen ini boleh menghubungi Koordinator Kempen melalui nombor 018-3988553 atau e-mel [email protected],'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, tandatangan yang dikumpul itu akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk keganasan dan kezaliman Israel ke atas rakyat dan bumi Palestin.

''Ia juga bertujuan mendesak kerajaan Amerika menggunakan kuasanya untuk menghentikan keganasan rejim Israel itu,'' katanya.

Tambahnya, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian serta bencikan keganasan, mereka harus lebih komited dalam memperjuangkan isu Palestin.

''Kami menyeru rakyat negara ini yang berbilang kaum dan lapisan masyarakat, yang berani dan bermaruah turut serta menyokong usaha kempen yang bermakna ini,'' ujarnya.

Mereka yang ingin mendapat maklumat tentang kempen itu boleh menghubungi PSPMP melalui e-mel [email protected].
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 01:15 PM | Show all posts
susah gak ni...............
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 01:16 PM | Show all posts
errrrrr..org israel ada tak yang beragama islam?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 01:39 PM | Show all posts

Reply #18 noor2's post

dalam negara israel tu pun ada orang islam kak noor.
ada masjid lagi.tapi satu je la.

aku tengok dalam rancangan "dont tell my mother"
kat natgeo rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 01:46 PM | Show all posts

Reply #19 neeziee's post

oohhh.....mcm tu cemana nak boikot.....



peristiwa perang salib......org kristian kafir sangat membenci umat islam..tp...derang tak memboikot apa yang umat islam buat...sebaliknya derang cilok...segala teknologi..segala kehebatan..kepakaran...malah alquran sendiri derang mengkaji....jadi dgn sebab itu apabila perang salib berlaku umat islam tewas....bangsa kafir kristian  mendapat kemenangan...


bolehkan umat islam berbuat begitu terhadap kaum yahudi untuk menumbangkan mereka...??...adakah dgn memboikot dapat menghentikan dendam dan kejahatan mereka?....wallahualam...

minta maaf kalau kata2 nor ada yang terasa..ini sekadar pendapat nor...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.066151 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list