View: 2890|Reply: 4
|
Tanah Runtuh: Selangor, Perak Dan Pahang Berisiko Tinggi
[Copy link]
|
|
Tanah Runtuh: Selangor, Perak Dan Pahang Berisiko Tinggi
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Selangor, Perak danPahang dikenal pasti berada dalam kedudukan tertinggi menghadapi risikoberlakunya tragedi tanah runtuh berdasarkan kajian yang dijalankan olehUniversiti Teknologi Mara (UiTM).
Kajian itu dibuat berdasarkan tahap kebolehruntuhan tanah dankebolehakisan hujan yang digunakan bagi mengukur risiko tanah runtuh dinegara ini yang dijalankan secara berkala, kata Pengarah PusatPenyelidikan Pencegahan Bencana Antarabangsa (IRCDIP) universiti ituProf Dr Roslan Zainal Abidin.
Beliau berkata pusat itu sedang menjalankan kajian menyeluruhmengenai risiko tanah runtuh di seluruh negara yang dijangka selesaipada 2015.
"Kami akan menggunakan teknik-teknik yang sedia ada untuk mengenalpasti lokasi sebenar di mana berlakunya risiko tinggi tanah runtuh danmengenalpasti tanda-tanda awal.
"Kajian ini memerlukan masa lebih kurang lima hingga 10 tahununtuk selesai," katanya kepada Bernama di sini hari ini selepasmembentangkan kertas kerja bertajuk "Penggunaan Rainfall Soil Chartdalam Pembangunan Tanah Tinggi" pada seminar sehari mengenai pengurusanalam sekitar oleh Institut Tadbiran Negara (INTAN) di sini hari ini.
Roslan berkata garis panduan yang ada di negara ini sudahmencukupi, dan pengawasan serta penguatkuasaan perlu dilakukan denganlebih ketat bagi membantu proses pencegahan.
"Kita sudah ada cukup garis panduan dan sudah tiba masanya untukbertindak lebih serius untuk mengelak daripada berlakunya lebih banyaktragedi tanah runtuh," katanya.
Beliau berkata selepas lokasi kawasan risiko tanah runtuhdikenalpasti, terdapat beberapa teknik kawalan yang boleh digunakanbagi mengelakkan berlakunya tanah runtuh seperti geotextiles, penanamanpokok, tembok penahan konkrit dan geocell.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar DatukMaznah Mazlan berkata kementerian itu sedang menyediakan DerafPeraturan Pembangunan di Tanah Tinggi dan Lereng Bukit dan semakanpindaan Akta Pemuliharaan Tanah 1960.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam berkata peraturan sebeginidiharap supaya tiada lagi pembangunan yang dilaksanakan tanpa kawalansehingga mengakibatkan kerosakan kepada muka bumi di masa akan datang.
Selain itu, pelbagai kempen kesedaran alam sekitar akan turut diadakanpada tahun ini, katanya dalam ucapan perasmiannnya di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains kementerian itu, Dr Azimuddin Bahari.
Maznah berkata kedudukan negara dalam "EnvironmentalSustainability Index Study' yang dijalankan oleh Universiti Yale turutmeningkat kepada tangga 26 pada tahun lepas di kalangan 149 negaraberbanding tempat ke-38 dalam kalangan 146 negara sebelum ini.
"Ini menunjukkan kita serius dalam menangani kesan-kesan negatifterhadap alam sekitar pada puncanya, meningkatkan usaha-usahakonservasi dan secara lestarinya menguruskan sumber-sumber asli terhadyang sedia ada," katanya.
Seramai 130 peserta daripada pembuat dasar yang terlibat secaralangsung seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyertai seminar itu.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Aku takut gak nengok umah kat bukit kuda dan town tu, rumah 3 tingkat tepi bukit leh nampak dari fedral.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 EAStudent's post
ala..
yang kat bukit antarabangsa tu hari
dorang dari itm jugak laa
yang penah kasik report
dorang buat dek je kan?
amek laa ko
hanyut segala banglo, harta benda, nyawa tu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|