CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10041|Reply: 13

Black Dog Bone -

[Copy link]
Post time 16-4-2009 06:26 AM | Show all posts |Read mode
Ibarat mati hidup semula

Oleh FAIZAL SAHARUNI




PEMILIHAN kumpulan yang terkenal tahun 70-an, Black Dog Bone (BDB) untuk mewarnai sambutan Hari Ibu pada Mei nanti, menjadi keputusan paling tepat.

BDB akan muncul dalam konsert istimewa bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 8, 9 dan 10 Mei bermula pukul 8.30 malam.

Selepas mengalami perpecahan sejak 27 tahun lepas, ahli BDB masih bersatu dan sering bertemu. Itu memang tidak dapat dinafikan.

Walaupun rata-rata ahli kumpulan berasal dari Singapura itu sudah berusia 50 tahun ke atas dan membuat haluan masing-masing, namun mereka tetap bertemu apabila ada kelapangan.

BDB dibarisi oleh Jatt selaku penyanyi dan pemain drum, Izhar (gitar), Masron Ali (trompet dan trombon), Hamid Ahmad (bass), James Chai (tenor, saksofon, flute dan tamborin) dan Michael Heng (keyboard).



SIAPA sangka Black Dog Bone masih wujud
selepas 36 tahun ditubuhkan."


Hubungan akrab mereka masih jelas terpancar. Pembubaran BDB bukan jadi penghalang kepada mereka untuk memutuskan perhubungan yang terjalin.

Menurut vokalis dan pemain drum BDB, Jatt, ahli kumpulan ini mengamalkan sikap saling menghormati sesama sendiri.

Itu tonggak utama yang menyebabkan mereka masih mampu duduk semeja, berborak seperti biasa walaupun BDB sudah berpecah.

"Tipulah kalau ada ahli dalam satu-satu kumpulan tidak pernah berselisih pendapat dan bermasam muka. Sedangkan lidah lagi tergigit, sama sahaja perumpamaan untuk perkahwinan.

"Kami pernah gaduh hingga hendak tertumbuk ahli kumpulan sendiri, namun nasib baik semuanya dapat diselesaikan dalam jangka masa singkat.

"Kalau ada perasaan marah atau tidak puas hati sekalipun, kami tetap berbincang baik-baik. Ini kerana kami mahu mengelakkan sebarang perasaan tidak selesa di antara satu sama lain.

"Kami tetap bergurau macam orang biasa. Gurauan ini adakalanya bersikap sinikal, namun kami tidak mudah ambil hati atau melenting tidak tentu pasal.

"Kalau ada teguran, kami akan sampaikan dengan bahasa yang elok. Malah kami tidak kisah untuk memberi teguran membina sesama sendiri demi kebaikan bersama," akui Jatt sambil dipersetujui oleh ahli lain.



KEMBALI bersatu atas nama muzik, (dari kiri) Hamid,
James, Jatt, Izhar, Masron dan Michael.


Sambung Jatt lagi, kalau tiada sesiapa yang sibuk dengan komitmen kerja, mereka akan bertemu walaupun tidak sekerap dahulu.

"Untuk konsert di IB ini sendiri, kami jalani latihan selama dua kali seminggu di Singapura. Latihan tetap berjalan walaupun mungkin ada di antara ahli tidak dapat hadir.

"Namun, kalau hujung minggu pula, boleh dikatakan hampir semua ahli kami dapat hadir dan mengadakan latihan bersama-sama untuk konsert ini.

"Masing-masing teruja untuk melakukan persembahan di KL setelah lama tidak menyanyi sebagai sebuah kumpulan," ungkap Jatt teruja.

Jelas Izhar pula, konsert di IB nanti dianggap cukup signifikan untuk perjuangan BDB setelah mereka bersurai sekali gus membuat hal masing-masing.

"Kami yang diibaratkan mati hidup semula berasa sungguh bersyukur kerana diberikan peluang untuk kembali bersatu sambil mengingati semula kenangan bersama BDB sebelum ini.


AWET muda. Anggota termuda Black Dog Bone,
Jatt memiliki vokal yang masih mantap.

"Kami terkejut dan terharu apabila pihak IB, Box Office (M) dan Kumpulan Utusan mengundang kami untuk menjayakan persembahan besar-besaran di dewan berprestij IB.

"Walaupun berat tanggungjawab yang diberikan, namun kami tidak akan mempersia-siakan peluang keemasan ini.

"Lantaran itu, kami akan memperlihatkan persembahan terbaik selama tiga hari berturut-turut ini demi memberikan kepuasan kepada penonton yang hadir.

"Sudah pastilah ada yang datang dengan jangkaan tinggi melangit terhadap konsert BDB nanti, oleh itu kami akan berusaha untuk menggembirakan hati semua pihak. Itu janji kami.

"Konsert ini ibarat ujian untuk menonjolkan kemampuan BDB. Kalau gagal, maka kami juga akan gagal," ungkapnya serius.

Ditubuhkan pada 1973, hingga kini peminat tetap menyanjungi BDB sebagai antara kumpulan terhebat yang pernah memberi warna tersendiri kepada dunia muzik Malaysia dan Singapura.

Lagu-lagu seperti Si Gadis Ayu, Khayalan, Geram, Dahulu Dan Sekarang adalah antara karya yang menjadi siulan anak-anak muda akhir tahun 70-an dan terus diminati hingga kini.

Kelebihan BDB tidak sekadar mempersembahkan lagu-lagu berentak rock dan pop sahaja, malah kumpulan ini juga boleh menyanyikan lagu balada, joget, disko dan dangdut.


BAKAL mendendangkan sebanyak 26 lagu menerusi persembahan
selama dua setengah jam, tiga hari berturut-turut dari 8 hingga
10 Mei depan di Istana Budaya.


Justeru, kehadiran BDB di pentas IB nanti dilihat tidak hanya mampu mengubati kerinduan peminat, malah turut mengembalikan nostalgia yang pernah dikecapi masa dahulu.

Perkara itu diakui sendiri oleh Pengarah Urusan Box Office, Ali Bakar yang percaya sambutan peminat terhadap BDB akan menjadi hebat disebabkan ini merupakan konsert terbesar kumpulan itu di negara ini selepas 32 tahun.

"Masih ramai sebenarnya peminat yang menantikan konsert ini kerana sudah terlalu lama BDB tidak membuat konsert di Malaysia.

"Saya yakin konsert ini dapat mencatat jualan tiket yang membanggakan kelak," katanya ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut di IB, Kuala Lumpur minggu lalu.

Kata Ali lagi, walaupun menjangkau usia melebihi 30 tahun tidak mengadakan konsert secara besar-besaran, BDB juga masih punya ramai peminat, selain lagu-lagu mereka yang tergolong sebagai malar-segar.

"Konsert BDB kali ini dianggap cukup istimewa kerana ia bukan sahaja mampu mengimbas nostalgia peminat sedia ada, bahkan peminat generasi baru juga berpeluang mendengar alunan lagu-lagu mereka yang pernah popular sebelum ini.

"Lagu-lagu BDB juga dianggap masih relevan untuk didengar sampai bila-bila apatah lagi kumpulan ini menampilkan ahli-ahlinya yang boleh menyanyi, selain Jatt sebagai penyanyi utama," jelasnya.

Konsert itu juga diserikan dengan persembahan istimewa dua bekas ahli kumpulan Carefree, Jay Jay dan Rahim Othman.

Menerusi konsert anjuran IB dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan Sinar FM itu, tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM65, RM85, RM155 dan RM205.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh membuat tempahan tiket di www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-4149 8600 untuk sebarang maklumat lanjut.



*******************************************************************************

ya allah tak sabar nya...
hari ni akan book ticket BDB
memang minat sangat dengan lagu2 depa
semua best2...

lagi pun ada carefree, ada jayjay.. -
mesti best
ticket pun mediocre aje - so not bad

ha - sapa lagi yang pergi

jom tengok dan dengar depa nyanyi lagu geram -

*youtube geram kelakar sangat --

paling suka lagu dulu dan sekarang
joget anak rantau
hari ini dan esok...
eh... banyak lagi la.. --
lagu khayalan pun best (adapted dari fantasy) -

** suara jatt best...(walau tak se best jamal la... gs)


[ Last edited by  dexa at 17-5-2009 08:30 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2009 07:53 AM | Show all posts
Black Dog Bone janji kehebatan

Oleh SY MUSSADDAD MAHDI
Foto JEFFERI IRAN





PERASAAN saya bercampur baur. Rasa terharu dan sedih. Terharu kerana dapat membuat persembahan berprestij di Malaysia. Sedih pula kerana Carefree tak dapat bersama kami pada malam itu nanti,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 06:43 AM | Show all posts
BDB rapatkan ikatan

APABILA sudah berusia dan mempunyai keluarga sendiri, kebanyakan anggota Black Dog Bone (BDB) kini lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga masing-masing.


Namun, dengan adanya konsert BDB, setiap anggota kumpulan itu akan menggunakan peluang tersebut bagi mengeratkan lagi ikatan persahabatan yang telah mereka bina sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurut ketua kumpulan BDB, Jatt, tanpa adanya landasan dalam bidang muzik, setiap anggota kumpulan itu mungkin jarang dapat bertemu antara satu sama lain.

揑ni kerana, apabila ada show (persembahan pentas) seperti ini barulah kami akan berkumpul semula dan berlatih bermain muzik. Sebabnya, ada di antara kami yang sudah tidak aktif lagi dalam bidang muzik dan melakukan pekerjaan yang lain.

揔alau saya tiada masalah, kerana kerjaya sepenuh masa saya ialah menyanyi dan bermain muzik di kelab-kelab malam. Cuma untuk membawakan semula lagu-lagu BDB saya terpaksa berlatih semula,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 06:51 AM | Show all posts
Usia bukan penghalang BDB

Oleh ABD. AZIZ ITAR



AKSI BDB sewaktu mereka mengadakan persembahan khas mereka
di Planet Hollywood, Kuala Lumpur, pada 2003 sempena kemunculan
album Reunion.


MUNGKIN ada yang akan memberi persepsi negatif apabila Istana Budaya (IB) dan Box-Office Malaysia mahu menganjurkan konsert Black Dog Bone (BDB) di Panggung Sari, IB, Kuala Lumpur (KL), pada 8 hingga 10 Mei ini.

Ini kerana, kumpulan dari Singapura itu sudah 32 tahun tidak mengadakan konsert besar-besaran selepas konsert pertama mereka di Stadium Negara, KL, pada tahun 1977 yang disaksikan hampir 20,000 penonton.

Apatah lagi, pada usia melebihi 50 tahun, tentu ada pihak yang akan memberi pandangan skeptikal terhadap persembahan terbesar BDB di panggung yang bertaraf dunia itu kelak.

Bagi penyanyi utama kumpulan itu, Jatt, semua faktor dan pandangan sempit tersebut sedikit pun tidak melemahkan semangat demi membuktikan sengatan mereka dalam bidang muzik masih tetap berbisa sama seperti dulu.

Malah, dalam waktu yang singkat selepas bergabung semula beberapa bulan lalu, kumpulan enam anggota itu akan bangkit semula menerusi konsert yang akan mengenakan tiket berharga RM65, RM85, RM155 dan RM205 itu.

揗emanglah, kalau diikutkan usia kami memang sudah tua, tetapi semangat kami dalam bidang muzik sentiasa muda. Biasanya orang kita akan cakap, sudahlah... tua-tua macam ini kasilah anak-anak muda main muzik. Sudah tua, pencen sahajalah.

揟etapi kalau orang Barat lain. Semakin tua pemuzik mereka, semakin dihargai bakat mereka dalam bidang muzik. Kami tidak kecil hati, sebaliknya akan membuktikan kemampuan kami pada usia sebegini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 06:09 AM | Show all posts
Janji Jay Jay, Rahim Othman

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED



MESKI dihimpit dengan 'perang dingin' bersama Carefree, Jay Jay (kanan)
dan Rahim Othman enggan untuk melayannya demi memastikan persembahan
Konsert Untukmu Ibu berjalan baik.


LUSA dua seniman tanah air, Jay Jay dan Rahim Othman akan bergabung tenaga untuk sama-sama memeriahkan Konsert Untukmu Ibu - Black Dog Bone di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur.

Persembahan selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Mei itu membawa makna yang cukup besar buat mereka berdua. Ini kerana untuk merealisasikan hasrat berkenaan, bukan satu perkara yang mudah terutama bua buat Jay Jay.

Penyanyi yang pernah menjadi idola ramai gadis suatu ketika itu kini berhadapan dengan dilema apabila menerima tamparan daripada teman-temannya yang pernah mengasaskan kumpulan Carefree.

Tidak ketinggalan, Rahim turut terheret sama dalam kancah kontroversi itu.

Namun semua itu tidak memberi tekanan buat Jay Jay kerana akhirnya dia menerima apa saja yang berlaku sebagai ujian dalam perjalanannya sebagai anak seni.

Bahkan, ketika ini, dia secara peribadi sudah tidak mampu membendung rasa tidak sabar untuk beraksi di pentas bertaraf dunia itu.

Menurut Jay Jay, pada masa yang sama dia mahu khalayak mengetahui bahawa kesediaan beliau dan Rahim beraksi secara solo bukan dirancang oleh mereka berdua, sebaliknya itu permintaan penganjur.

"Semua ini permintaan penganjur. Kalau penganjur pilih orang lain pun kami tidak kisah kerana itu rezeki masing-masing,'' jelasnya.

Konsert Untukmu Ibu pada 8 hingga 10 Mei ini turut menyaksikan Istana Budaya menjalin kerjasama dengan Utusan Melayu (M) Bhd. sebagai media rasmi untuk membawa Black Dog Bone ke pentas budaya bertaraf dunia.

Konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya sempena Hari Ibu itu melibatkan syarikat Box Office selaku penganjur bersama, manakala Sinar FM bertindak sebagai radio rasmi.

Carefree sepatutnya menjadi kumpulan undangan konsert berkenaan namun digugurkan apabila Jay Jay mendakwa anggota Careefree yang lain tidak dapat memenuhi undangan kerana komitmen kerja.

Dengan penolakan tersebut, hanya dua ahli Carefree iaitu Jay Jay dan Rahim Othman akan muncul dalam konsert itu nanti.

Bagaimanapun, menurut Carefree pula, mereka tidak pernah menolak tawaran IB sebaliknya ingin berbincang lanjut soal bayaran dan perjanjian hitam putih persembahan itu.

Jay Jay pada masa yang sama akan memastikan para peminat setianya dan Carefree tidak akan pulang dengan hampa sebelum mendengar lagu-lagu popular yang pernah dimasyhurkan ketika era kegemilangan kumpulan itu.

"Orang lain pun menyanyikan lagu-lagu saya. Saya tidak kisah. Apa salahnya saya menyanyikan lagu-lagu Carefree," ujarnya yang kini sedang giat mengadakan latihan.

Sementara itu, bagi Rahim pula, dia pun tidak sedikitpun terkesan atas tindakan yang diambil oleh rakan-rakannya di dalam Carefree.

"Bagi saya, persembahan akan tetap diteruskan. Perkara-perkara membabitkan emosi ini harus diketepikan.

"Semua anggota Carefree adalah baik-baik belaka tetapi terperanjat juga mengapa mereka sanggup buat tindakan berkenaan terhadap saya dan Jay Jay," kata Rahim penuh tanda tanya.

Ujar Rahim, Carefree sudah lama menghilang dan cuma yang tinggal hanyalah pada namanya sahaja.

Diajak berbicara mengenai aspek persembahan pada konsert itu nanti, Rahim memberitahu, ketika ini dia sedang giat berlatih meniup flute.

"Sudah hampir 25 tahun saya tidak meniupnya. Insya-Allah, saya akan melakukan yang terbaik demi memastikan konsert ini berjalan lancar,'' ikrarnya.



***************************************************************************************

tak sabar nak tengok....
dah book on the last day  10th may -
mesti best lagu2 pun best juga -
lagu carefree pun banyak yang masih evergreen juga -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2009 06:11 AM | Show all posts
Konsert BDB sedia terima kehadiran penonton

KUALA LUMPUR 6 Mei
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2009 06:51 AM | Show all posts
Jumaat Mei 8, 2009
Penangan Black Dog Bone buat penonton tak mahu pulang

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

SELEPAS 30 tahun menghilang, kini mereka kembali dari Kota Singapura! Bagaikan tidak percaya apabila dapat menonton persembahan bertenaga daripada band Black Dog Bone (BDB) yang tampil dengan lagu-lagu hits seperti Si Gadis Ayu, Nasi Goreng, Bahagia dan Derita, Bila Rindu, Hatiku Luka Lagi, Dulu dan Sekarang dan Khayalan.

Vokal penyanyi utamanya, Jatt tetap unggul dan mantap seperti dulu ibarat mendengar lagu nyanyiannya di dalam album ketika mengalunkan 18 buah lagu.

Ditanya apakah rahsianya hingga masih mengekalkan vokalnya yang bertenaga, Jatt berkata dia tiada rahsia melainkan cintanya yang mendalam terhadap muzik.

揝aya tidak mempunyai apa-apa rahsia kerana muzik merupakan 憄assion
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 06:18 AM | Show all posts


whoaaaaa
gila best concert BDB last nite
semua tak nak balik.. nak minta jatt nyanyi lagi
sebab best sangat -

jayjay yang start concert tu dengan lagu2 best dia -
suara dia best -  tak faham kenapa dia nak blondiekan
rambut dia yang panjang tu - anyway - best masa
dia cerita masa dia kecik kecik - cikgu tanya 'fauzi, nak
jadi apa bila besar' - langsung dia jawab nak jadi ahli muzik
(siap ada band nama : the cats... lol ) -
anyway... lepas tu dia kata - ye lah... saya kat sekolah
dulu tak ada pun bercita2 nak jadi engineer ke, doctor ke,
sebab......err... 'dari segi akademik, saya 'amat sederhana' '
audience gelak aje...  didnt matter eh jay jay - seorang
entertainer - memang best dia nyanyi lagu2 top dia tu
kini baru kau sedar, rindu bayangan, dendangan lagu ni -
belaian jiwa -- yang last tu - joget angan tak sudah -
memang rock joget lagu tu -

masa rahim othman main flute (lagu kini baru kau sedar) memang
terhibur sangat - he is such a gifted person -
tapi.. dia ni cakap macam ada slang semacam -
macam kita sebut  hari ibu  - dia sebut hairy ibu (yang hari
jadi harry -  ye lah.. mungkin dok oversea lama kut..) tak la
friendly mana, tapi main flute  memang best - lagu mission
impossible - siap kat backdrop tu - showed dia buat persembahan
bakat TV 1972 - ishhh umur dia macam muda macam 14 tahun ke
12 tahun ke.. kecik aje.. tapi berbakat besar -  dia mentioned salah
seorang juri bakat TV 1972 tu allahyarham P Ramlee -

BDB punya persembahan - memang best -
jatt memang kelakar - masron lagi kelakar - best masron nyanyi
lagu 'geram'  pastu depa sokmo perli jatt kata jatt rendang -

yang best masa jatt nak nyanyi lagu 'sayang' - lagu ni saya tujukan
khas buat isteri saya --    pastu masron kata - yang keberapa jatt??
heyyyy ko jangan nak pecah lobang lak... semua orang ketawa
so funny -

suara jatt best - lagu2 BDB memang gila best semua -
masa nak akhir tu - lepas lagu dulu dan sekarang -
dia sebut - lastly nak nyanyi satu lagu yang akan kembalikan
nostalgia pada you all -semua - mungkin masa tu sekolah lagi
tapi sekarang dah jadi ibu2 dan nenek2 semua ... lol funny aje -
dan rupanya lagu -- hatiku luka lagi  lagu tu dari lagu inggeris
memang popular sangat - audience nyanyi intro dia -
'harapan... setinggi gunung.. -
berderai menjadi debu.... -
mengapakah.. kisah sedih...
yang selalu kualami --

best - concert yang memang berkesan - lagu2 nostalgia dan
retro -

lagu akhir depa nyanyi - Anikaragam  - kan lucu lagu ni
(lagu p ramlee) -
best masa masron nyanyi part:
aku jumpa seorang nyonya.. (baju kebaya)
kecil molek macam viola.. (baju kebaya)
pinggang ramping bagai kereta (baju kebaya)
selalu pakai sanggul dua... (baju kebaya)
bila kupandang dia ketawa...(baju kebaya)
dia rasa dia cukup lawa... (baju kebaya)
geli hatiku tak terkira..(baju kebaya)
kerna giginya dua..   mamboooooo - semua orang jerit -

*ramai juga yang dance kat bawah tu - kita kat atas tengok
aje la.. but still it was so much fun -

kalau ada lagi concert BDB - memang nak pergi tengok -
menghiburkan la sangat2 -

-- ah - siti nurhaliza pun ada - datang dengan suaminya
duduk depan saya kat atas tu (second floor)
- bila dia sampai dia bersalaman so kita dapat salam dengan
siti juga - pakai serba hitam -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 06:21 PM | Show all posts

Balas #8 dexa\ catat

lu tgk malam minggu tu ek...

wa pun tgk gak...dgn ayah wa...

memang ter hibur la malam tu...

memang best....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2009 07:00 AM | Show all posts

Reply #9 salimrock's post

ah.. salim tengok juga ye -
yup saya tengok yang final nite tu -
best kan -

terhibur sangat -
kalau ada lagi BDB - harus saya akan pergi lagi -

tunggu alleycats pula -
walau loga dah tak ada
kalaulah depa buat show kat IB
mesti jem punya -
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 06:04 PM | Show all posts
kira skrip malam minggu dgn skrp malam terakhir tu sama la ek...he..he..

best la bapak wa tersengih2 teringatkan kembali zaman muda dia...he..he..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 08:34 AM | Show all posts
S. Atan tonggak populariti BDB


PASANGAN BAHAGIA... S. Atan bersama isterinya, Norizan Yeob.

LAZIMNYA masyarakat lebih mengetahui nama penyanyi yang mempopularkan sesebuah lagu itu berbanding komposer atau orang di belakang tabir yang menciptanya.

S. Atan misalnya, merupakan komposer yang paling banyak mencipta lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Black Dog Bone (BDB) pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Antara lagu BDB ciptaan beliau berjudul Ku Cari Penawar Luka, Dulu Dan Sekarang, Joget Sindir Pesan, Diganggu Kenangan, Hari Ini Dan Esok, Titisan Iman dan Bukan Salahmu.

Lagu-lagu itu bukan sahaja tidak jemu didengar biarpun selepas lebih 25 tahun berkumandang, malah ia turut mampu menarik kalangan pendengar generasi baru.

Menurut S. Atan atau nama sebenarnya Hashim Said, kebanyakan lagu-lagu ciptaannya diminati sehingga kini kerana rentaknya yang bersulamkan irama Melayu deli.

"Walaupun saya mencipta lagu-lagu pop tetapi unsur kemelayuan di dalamnya tetap saya kekalkan. Irama itu dekat dengan telinga dan jiwa terutamanya para peminat lagu-lagu Melayu.

"Begitu juga dengan lagu-lagu BDB. Ramai yang masih mengingati dan meminatinya sehingga kini," katanya ketika ditemui selepas konsert BDB di Istana Budaya, Kuala Lumpur (KL), baru-baru ini.

Konsert itu meninggalkan kenangan manis kerana lebih separuh daripada persembahan itu mempersembahkan lagu-lagu ciptaan beliau yang tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan.

Kata S. Atan, dia tidak berasa kecil hati kerana sudah lumrah orang di sebalik tabir sepertinya kurang dikenali berbanding penyanyi yang mempopularkan lagu-lagu ciptaannya.

"Biasanya pendengar lebih kenal penyanyi terlebih dahulu, kemudian baru komposer dan penulis lirik," katanya.

Pada konsert BDB itu, S. Atan bangga kerana lagu-lagu ciptaannya diperdengarkan secara langsung di atas pentas dan masih digemari ramai.

Malah, paling meninggalkan kenangan manis apabila konsert malam terakhir itu (10 Mei) dia kebetulan menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-23 dengan Norizan Yeob, 45.

"Konsert ini suatu pengiktirafan terhadap lagu-lagu ciptaan saya yang pernah dipopularkan oleh BDB sejak tahun 1976 sehinggalah kini.

"Ini kerana, isteri saya orang yang paling banyak memberi sumber inspirasi dalam mencipta lagu-lagu yang memberi makna pada diri saya serta mereka yang mendengarnya," katanya.

Komposer yang dilahirkan di Singapura pada 1 Ogos 1949 itu turut mencipta lagu untuk penyanyi lain seperti Datuk Sharifah Aini, Sudirman Haji Arshad, Zaleha Hamid dan Herman Tino.

Jelas S. Atan sempena hari lahir dan ulang tahun perkahwinannya itu, dia bercadang mahu membawa isteri serta lima anaknya bercuti di luar Kuala Lumpur selama beberapa hari.

"Saya merancang mahu bercuti bersama seisi keluarga saya kalau boleh di kawasan kampung atau tepi pantai. Selain berehat, saya juga boleh mencari ilham untuk mencipta lagu baru.

"Bagi saya, isteri dan anak-anak amat penting dalam hidup saya kerana mereka merupakan sumber inspirasi saya dalam mencetuskan irama lagu yang indah," jelasnya.

Selain menjadi penyusun muzik dalam konsert BDB, S. Atan yang mula berhijrah ke KL pada 1986 kini terus aktif menggubah lagu termasuklah yang berunsur patriotik.


*******************************************************************

.. s atan ni memang gifted - dah pernah jumpa dia - sembang2 lama juga
pasal industri muzik masa pergi konsert jamal hari tu - what a really nice and
humble guy - pastu dapat dinner lagi dengan dia and wifey dia along with jamal
and the crew - macam2 dapat tahu serba sedikit tentang industri hiburan
especially dari segi penyanyi (nyanyian) - etc -

banyak lagu2 s atan yang memang saya suka - lagu2 BDB pun banyak yang
dia cipta gak - tu yang dia ada masa concert tu -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 15-5-2009 18:04
kira skrip malam minggu dgn skrp malam terakhir tu sama la ek...he..he..

best la bapak wa tersengih2 teringatkan kembali zaman muda dia...he..he..


ah.. salim tengok sabtu malam minggu ye -
ye la.. mungkin ada script yang sama juga -

bagusnya sporting bapa awak - bawa anak pergi tengok concert, eh -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 08:50 AM | Show all posts
Tiga malam penuh nostalgia

ITU reaksi dan rasa para penggemar setia Black Dog Bone yang memenuhi Panggung Sari Istana Budaya pada 8 Mei hingga 10 Mei lalu.


Wanda menyaksikan sendiri bagaimana terhiburnya audiens baik tua mahupun muda yang memenuhi panggung berprestij itu.

Masing-masing, kalau tidak ikut berdendang bersama, bertepuk tangan mengiringi repertoir yang dipersembahkan.

Hinggakan, persembahan pada setiap malam berakhir hanya apabila jarum jam sudah menunjukkan pukul 11.45 malam.

Hampir dua jam menyanyi dan Jatt, vokalis dan pemain deram Black Dog Bone terus kekal mengalunkan lagu dengan suara lunak-lantangnya.

Penuh bertenaga pada usianya yang kini mencecah 53 tahun, anggota Black Dog Bone lain juga tidak kurang hebatnya.

Masron, pemain trompet/vokalis yang kini berusia 64 tahun, anggota paling tua tetap gagah dan kelihatan teruja pada setiap persembahan.

Begitu juga Izzar, 61 (vokalis, gitaris dan ketua kumpulan), James, 56 (saksofon), Hamid, 59 (basis) dan Michael, 56 (keyboard).

Penonton yang memenuhi tiga malam panggung itu juga bukan sekadar terhibur dengan dendangan lagu-lagu retro popular kumpulan itu, lebih penting dapat menyaksikan semula gabungan semua anggota asal Black Dog Bone di satu pentas sejak berpisah pada tahun 1980.

Rata-rata puas hati mendengar hampir 20 lagu popular Black Dog Bone yang dipersembahkan termasuk Malam Kenangan dan Si Gadis Ayu yang menjadi lagu pembuka tirai persembahan.

Malah penonton bersorak gembira apabila Jatt dan teman-teman mendendangkan lagu Sayang, Bahagia dan Derita, Bila Rindu, Hatiku Luka Lagi dan Dulu & Sekarang.

Lagu Khayalan menjadi kemuncak kepada segala rasa keseronokan penonton yang bersorak gembira dan meminta kumpulan itu terus menghibur.

Dan lagu Aneka Ragam yang menjadi encore nyata telah memberikan senyuman kepuasan kepada audiens.

Menarik, pada malam persembahan akhir dan atas permintaan ramai, Black Dog Bone turut mengalunkan lagu popular Raya mereka, Cahaya Di Aidilfitri.

Sememangnya konsert yang bertemakan Hari ibu, Konsert Untukmu Ibu-Black Dog Bone menghiburkan!

Terima kasih Black Dog Bone kerana telah menghidangkan satu persembahan yang tidak mungkin dilupakan.

Dan tidak lupa kepada Jay Jay dan Rahim Othman serta Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Fuzer Nawi kerana saling melengkapi hiburan pada tiga malam itu.

Wanda, selain terhibur dengan persembahan Black Dog Bone, Jay Jay dan Rahim Othman juga teruja menyaksikan set pentas dan sistem pencahayaannya.

Dan lebih penting yang membuatkan tiga malam itu menjadi nostalgia tersendiri kerana sistem bunyi yang memberangsangkan.

Tabik dan tahniah kepada penerbit dan pengarah Box Office, Ali Bakar!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.242673 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list