View: 3718|Reply: 44
|
SITI TAK TARIK DIRI!....
[Copy link]
|
|
Tak akan tarik diri
BUKAN sekali dua diaberdepan dengan situasi seperti ini tetapi sudah banyak kali. Setiapkali dia berjaya merangkul anugerah dalam mana-mana pertandingan,setiap kali itu jugalah ada suara nakal yang seakan-akan tidak berpuashati dengannya.
Malah ada juga yang secara terang-terangan melahirkan perasaan tidak puas hati atas kejayaan yang diperolehnya itu.
Terbaru,kemenangan Siti sebagai Penyanyi Wanita Popular untuk Anugerah BintangPopular Berita Harian selama 12 tahun berturut-turut serta kejayaannyamerangkul gelaran Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu sewaktu AnugerahIndustri Muzik yang lalu menjadi bahan pertikaian pelbagai pihaksehingga ada di antara mereka menyarankan agar penyanyi ini supayamenarik diri dari bertanding dalam acara tahunan ini.
Ketikadiajukan persoalan ini kepada si empunya diri, Siti berkata bebanan itutidak seharusnya diletakkan kepadanya seorang kerana kemenangannya itudiiktiraf oleh mereka yang profesional.
揃agi Siti sendiri,kemenangan itu sebenarnya tidak perlu dipertikaikan kerana semuanyadinilai oleh juri profesional. Sebenarnya Siti sendiri tidak menyangkaakan menang lebih-lebih lagi untuk kategori album terbaik sebab padaSiti saingan paling hebat adalah dari album kumpulan Hujan. Tetapiitulah yang dinamakan rezeki.
揃agaimanapun kemenangan untukkategori vokal, Siti akui lagu Di Taman Teman memang sukar untukdibawakan. Siti rakamkan lagu itu sebanyak tiga kali dan apabila Sitibalik rumah tiba-tiba rasa macam tak puas hati, terus Siti rakamkembali lagu itu sehinggakan pencipta lagu itu, Fauzi Marzuki pun jadihairan.
揓adi apabila lagu itu membuatkan Siti menang dalamkategori Vokal Wanita Terbaik, Siti tak terkejut kerana lagu itu memangmencabar vokal Siti disebabkan Siti kena menyanyi cepat-cepat, |
|
|
|
|
|
|
|
OK LAH TUH! Sayang Siti..... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pun kasik la org lain menang lak..artis lain pun bagus gakkan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Siti...
Menarik Diri dari AIM....yg menilai kualiti kerja keras ....adalah tindakan bodoh..
Ada ker Artis US menarik diri dari masuk GRAMMY??
|
|
|
|
|
|
|
|
org menang pun bising..
org kalah pun bising..
b!@$% btul lah! |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. siti artis yg berdisiplin.. sbb tu dia berjy |
|
|
|
|
|
|
|
bagus CT..aku bangga.. |
|
|
|
|
|
|
|
go tokti..
keep support tokti smpi bler2.... |
|
|
|
|
|
|
|
i will support CT all the way |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak terdaya menolak
Oleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]
KEMENANGAN penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dalam Anugerah Industri Muzik 16 (AIM16) yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 2 Mei lalu menimbulkan banyak cakap-cakap belakang pemerhati industri seni tanah air.
Kepada diva terunggul ini, kata-kata itu dilihat sebagai isu yang tidak munasabah untuk dirinya terus menghentikan diri daripada menyertai sebarang majlis penganugerahan yang ada di Malaysia.
"Kalau ada pihak yang tidak mampu untuk bersaing secara sihat maka kasihan kepada industri muzik di negara ini," jawabnya jujur ketika ditemui pada sidang media Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya, Kuala Lumpur Selasa lalu.
Ada yang beranggapan pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Tarudin tidak perlu lagi terhegeh-hegeh untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada yang lain. Hakikatnya dia sudah mampu duduk selesa berada dalam kelompok ikon negara yang tiada galang gantinya walaupun seribu tahun cuma.
Lantaran itu sebagai diva yang tiada tandingan dalam dunia seni suara, Siti dikatakan tidak patut mempertandingkan dirinya dalam mana-mana anugerah. Lebih molek kalau peluang diberikan kepada penyanyi lain atau muka-muka baru untuk menggondol anugerah yang ada terutama Vokal Wanita Terbaik.
Tidak lekas melenting apatah jauh sekali untuk melatah cuma penyanyi berusia 30 tahun itu menegaskan cabaran merupakan asas terpenting yang dapat menjadi kayu pengukur individu tanpa mengira setiap bidang sekalipun.
"Saya ingin menyerlahkan bakat nyanyian yang ada. Oleh itu sudah pastilah saya ingin melahirkan album yang terbaik kepada industri.
"Kalau macam ini susahlah sebab kita tidak boleh bersaing secara positif," luah Siti yang dilahirkan pada 11 Januari 1979.
Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu memberitahu, dia tidak pernah sesekali mendabik dada kononnya dialah paling hebat dalam dunia nyanyian sehingga tiada sesiapa yang mampu menandinginya.
"Saya yakin ada penyanyi yang lebih baik dan memiliki vokal yang lebih bagus daripada saya.
"Bahkan saya juga tidak merasakan diri terbaik cuma penyanyi lain perlu bekerja keras untuk meningkatkan diri masing-masing.
"Saya terlalu mencintai bidang nyanyian dan ingin menghasilkan album untuk peminat dan bidang seni.
"Selagi mampu menyanyi dengan baik saya tidak nampak alasan kenapa saya perlu tarik diri untuk menyertai sebarang acara anugerah.
"Setiap orang sedia maklum bahawa AIM memberikan pengiktirafan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah album.
"Kalau saya tarik diri rasa macam tidak berlaku adil pula kerana saya juga harus memikirkan tentang perasaan produser dan orang di belakang tabir yang bertungkus-lumus menyudahkan album saya," katanya menjelaskan relevan Siti Nurhaliza masih perlu berada dalam pencalonan dalam sebarang majlis penganugerahan.
Mengukuhkan bicara, Siti berkata, walaupun pelbagai perubahan sudah dilakukan produksi AIM namun kaedah penjurian tetap dilakukan dengan telus.
"Biarpun banyak pihak yang mempertikaikan kemenangan saya dalam AIM16 namun semuanya sudah dinilai oleh juri yang profesional dan berpengalaman.
"Apalah daya saya untuk menolak. Ini sudah menjadi rezeki kepada saya dan seluruh warga kerja album Lentera Timur yang buat sehabis baik sebelum ini.
"Saya sendiri berpuas hati dengan album tradisional ini. Bukanlah hendak memuji sebab saya penyanyinya tetapi saya yang bertindak selaku penerbit album ini.
"Alhamdulillah, juri mengangkat ia sebagai album terbaik. Kalau sebelum ini kategori Vokal Terbaik Wanita dinilai menerusi album secara keseluruhannya tetapi kini tidak lagi.
"Kategori vokal dipilih melalui nyanyian saya dalam dua buah lagu yang tercalon iaitu Di Taman Teman dan Di Kayangan Kita.
"Saya akui dua lagu yang tercalon ini menjadi antara lagu nyanyian saya yang paling mencabar.
"Puas hati jugalah apabila Di Taman Teman memenangi untuk kategori Vokal Terbaik Wanita kerana saya sendiri merakamkan tiga kali lagu ini demi mencapai kepuasan diri.
"Saya buat macam ini sebab tidak sampai perasaan yang saya mahukan dalam lagu ini. Saya sanggup berulang-alik ke studio untuk menyanyikan semula lagi ini tanpa jemu.
"Sampaikan komposer lagu ini iaitu Fauzi Marzuki tanya kenapa saya sanggup rakam berkali-kali Di Taman Teman. Saya sebaliknya cuma mahukan yang terbaik dan bersikap teliti.
"Paling membanggakan apabila juri juga melihat kesungguhan saya sehingga memberi penilaian yang positif terhadap lagu ini," jelasnya dalam nada cukup berpuas hati.
Selain berjaya mempertahankan gelaran Vokal Terbaik Wanita untuk kali ke-10, Siti juga menerima anugerah album Pop Etnik Terbaik menerusi Lentera Timur dan Di Taman Teman yang muncul sebagai lagu Pop Etnik Terbaik.
Siti bagaimanapun tidak dapat hadir ke AIM16 bagi mengambil trofi miliknya kerana menunaikan umrah di Mekah bersama ibunya, Siti Salmah Bachik dan empat saudara-maranya pada 2 hingga 8 Mei lalu.
Selama 14 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni bukanlah satu jangka waktu yang singkat. Banyak yang harus dilalui oleh anak seni jelita bernama Siti Nurhaliza termasuk pahit-maung bergelar orang terkenal.
Kisah peribadi Siti dijaja sana sini dengan rakusnya oleh orang lain sedangkan tiada siapa yang dapat mendasari jiwanya yang sarat kelembutan sebagai seorang wanita.
Bagi meluahkan ekspresi dirinya ibarat manusia kerdil biasa, satu persatu lembaran diri akan diselak dalam konsert eksklusif solonya, Satu yang akan bertamu di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Jun nanti.
Konsep Satu dipandang menerusi skop lengkap Siti menjalani kembara seni yang dirintisnya melebihi usia sedekad lalu yang akhirnya dililit menjadi satu.
"Dalam konsert yang diadun dengan elemen teater ini, saya akan meluahkan segala emosi termasuk gembira, sedih, duka, geram dan marah.
"Setiap perasaan ini akan diterjemahkan dalam segmen yang tertentu daripada awal penglibatan saya sebagai penyanyi, mencapai kejayaan dalam bidang seni, sewaktu di alam percintaan sehingga berada di tahap sekarang.
"Konsep Satu dipilih kerana konsert ini tidak sekadar membawa saya seorang di pentas tetapi dimuatkan dengan koreografi, pencahayaan dan grafik serta menyahut seruan Satu Suara yang akan ditonjolkan secara simbolik.
"Saya akan menampilkan kelainan untuk konsert ini. Sudah pastilah ia akan kelihatan lain berbanding konsert yang pernah saya tampilkan.
"Diberikan kesempatan untuk menyanyi di pentas gah Istana Budaya menjadikan saya cukup teruja. Kalau sebelum ini saya melakukan persembahan penghargaan kepada Allahyarham Sudirman dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee namun semuanya berubah untuk konsert terbaru ini.
"Konsert Satu menjadi satu-satunya acara untuk saya sendiri yang bertujuan mengumpul dana bagi disumbangkan kepada insan-insan yang memerlukan melalui Yayasan Nurjiwa.
"Selain itu saya juga mengharapkan agar konsert ini menjadi kenangan yang bermakna pada tahun ini kepada saya dan peminat," kata Siti penuh berkobar-kobar.
Kalau dihitung semula, kurang daripada sebulan lagi untuk penyanyi jelita itu berlatih dan memikirkan kandungan dalam konsertnya.
"Biasanya saya lebih selesa untuk membuat persediaan konsert dalam masa dua bulan tetapi tidak bermakna persembahan ini hanya tangkap muat kerana saya tetap mementingkan kualitinya.
"Sekarang saya sudah kurangkan undangan persembahan bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk konsert ini," terang Siti ringkas yang bakal bergelar usahawan untuk produk kecantikan dan kosmetik dengan menggunakan labelnya sendiri tidak lama lagi.
Siti kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebanyak dua buah album iaitu album kerohanian yang akan dipasarkan pada bulan Ramadan dan album duet bersama Kris Dayanti pada penghujung tahun ini.
Album kerohanian bakal memuatkan dua buah lagu yang dirakamkan Siti untuk sebuah filem Indonesia berjudul Perempuan Berkalung Sorban iaitu Batasku Asalku dan Ketika Cinta serta tiga lagu lain yang dialunkan ketika pementasan Sirah Junjungan baru-baru ini.
Selebihnya terdiri daripada lagu-lagu baru dan dirakamkan semula.
Kalau sudah namanya penyanyi terunggul di negara ini maka pastilah kos untuk merealisasikan konsert ini memperuntukkan sejumlah perbelanjaan besar.
Mudah sungguh nampaknya untuk Siti mendapat sumber kewangan dalam artis lain yang sering mengeluh mengalami kekangan tajaan untuk melakukan konsert peribadi sendiri.
Siti bagaimanapun menjelaskan, kos untuk mengadakan konsert Satu tidaklah menggunakan bajet yang terlalu besar sehingga mencecah jutaan ringgit.
"Kosnya masih sama dengan konsert apresiasi Sudirman yang saya buat sebelum ini di tempat sama. Dengan anggaran RM700,000 saya akan memperlihatkan persembahan yang memukau khalayak pada malam itu.
"Walaupun konsert ini merupakan inspirasi daripada konsert Celine Dion Live In Las Vegas tetapi saya masih tahu mengukur baju di badan sendiri.
"Dengan peruntukan yang terhad saya tetap menjanjikan kepada peminat bahawa konsert ini ada kualitinya dan akan dikenang hingga bila-bila.
"Jika bercakap soal penajaan, saya percaya kepada kerja keras yang selalunya akan membuahkan hasil. Saya faham tentang situasi ekonomi sekarang tetapi saya bukan dapat tajaan satu organisasi sahaja.
"Saya bersyukur kerana ada beberapa pihak termasuk pihak persendirian yang tampil ke depan bagi memberi bantuan tajaan untuk saya menjayakan konsert ini.
"Lama-kelamaan saya dapat kumpul wang walaupun ia mengambil sedikit waktu. Yang penting kena ada kesabaran dan tidak boleh meminta tajaan daripada satu pihak sahaja," jelas Siti.
Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan hadir ke konsert Satu, mereka masih boleh menderma bagi membantu golongan yang memerlukan dengan menghantar sumbangan ke akaun Yayasan Nurjiwa di 514486106455 (Maybank Mid Valley). |
|
|
|
|
|
|
|
sokong CT smpi bler2............ |
|
|
|
|
|
|
|
aq akan slalu suport ct... xsbar nk tnggu konsert 2 nnt... kna bwk tisu byk2 ni... kompem ada segmen yang sdey... |
|
|
|
|
|
|
|
wah tahun nih ade 2 album ct....
benanah la org2 yg dengki ngn ct tu....
moge berjaye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selain berjaya mempertahankan gelaran Vokal Terbaik Wanita untuk kali ke-10, Siti juga menerima anugerah album Pop Etnik Terbaik menerusi Lentera Timur dan Di Taman Teman yang muncul sebagai lagu Pop Etnik Terbaik.
diorg nih x wat research ker...main taram jer....:@:@:@
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bittaufik at 26-5-2009 12:22 PM
Selain berjaya mempertahankan gelaran Vokal Terbaik Wanita untuk kali ke-10, Siti juga menerima anugerah album Pop Etnik Terbaik menerusi Lentera Timur dan Di Taman Teman yang muncul sebagai lagu ...
haha.. OK LAH TUH! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 bittaufik\ catat
sentap je misha dengo.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|