1. Saya sedang membuat penganalisaan data, walau bagaimanapun masalah berikut timbul:
a. angka berubah, contoh 12,000 dibaca sebagai 1,200, dan
b. nilai tertentu jadi kosong atau missing value.
2. Saya ingin mengemukakan pertanyaan berikut:
a. Adakah perkara-perkara di atas sering terjadi, jika ya mengapa;
b. Bagaimanakah untuk menyelesaikan permasalahan di atas; dan
c. Bagaimana untuk mengelakkan perkara berkenaan terjadi memandangkan untuk semakan data adalah sukar bagi
tempat yang mempunyai bilangan staf yang terhad.
Terima kasih bagi yang sudi menjawab. Walau bagaimanapun saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada moderator jika thread ini telah wujud.