View: 28239|Reply: 30
|
DYMM ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIM SHAH (SULTAN KEDAH KE-26)
[Copy link]
|
|
DYMM Almarhum Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah telah diputerakan pada 4hb. Jun 1864. Baginda ialah Sultan Kedah yang ke-26 dan memerintah dari tahun 1882 sehingga 1943. Baginda menaiki takhta sebagai Sultan Kedah pada 21hb. Januari 1882 ketika baginda berusia 19 tahun, setelah kemangkatan kekanda baginda iaitu Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah.Memandangkan usia baginda masih muda ketika ditabalkan, baginda telah melantik Jemaah Pemangku Raja untuk membantu baginda dalam urusan pentadbiran negeri.
Sultan Abdul Hamid sering mengadakan lawatan ke negeri-negeri lain untuk meninjau kemajuan negeri berkenaan dan belajar tentang urusan pentadbiran negeri. Pada tahun 1885, baginda melawat negeri Perak. Baginda juga mengunjungi Singapura untuk tujuan yang sama. Sultan Abdul Hamid sering mengunjungi Bangkok untuk merapatkan hubungan dengan penanungnya iaitu Rama IV. Setiap kali tiba hari perayaan atau hari keputeraan Rama IV, baginda akan ke Bangkok dengan menaiki kapal baginda 'Good Luck'. Antara kota lain yang pernah dilawati ialah Rangoon (Yanggon), Mandalay, Bombay (Mumbai) dan menghadiri upacara pertabalan Raja Inggeris, King George V pada tahun 1911.Berdasarkan hubungan diplomatik yang erat dengan kerajaan Siam, baginda telah dikurnai bintang 'Order the White Elephant First Class' bersama gelaran Chao Phya Saiburi. Atas kegigihan baginda, kerajaan Siam menganugerahkan pangkat 'Chao Phya Riddisongkran Bakti' serta dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Setul dan Perlis. Ketulusan hati baginda telah berjaya menawan hati Raja Chulalongkorn, hinggakan putera baginda iaitu Tunku Yusof, Tunku Badlishah dan Tunku Mohammad Jewa telah dijadikan anak angkat Raja Chulalongkorn dan dimasukkan ke King's College di Bangkok. Tunku Yusuf sebagai King's Scholar kemudiannya dihantar ke Rugby School, England untuk melanjutkan pelajarannya. Tunku Badlishah yang juga sebagai King's Scholar dihantar ke Wadham College, Oxford untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ekonomi. Sementara Tunku Mohammad Jewa terus menuntut di King's College sehingga 1909 sebelum meneruskan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Sultan Abdul Hamid telah melakukan banyak perubahan dalam urusan pentadbiran. Pada akhir abad ke-19, baginda telah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan Telekom serta Mahkamah Keadilan. Baginda juga telah menubuhkan Council Negeri yang berperanan membantu dalam urusan pentadbiran. Anggota majlis tersebut terdiri daripada Tunku Ibrahim, Tunku Abdul Aziz (Raja Muda), W.J.F. Williamson (Penasihat Kewangan), Haji Ahmad (Hakim Besar) dan Cik Mohamed Ariffin (Setiausaha Kerajaan). Kecekapan Datuk Wan Muhammmad Saman sebagai Perdana Menteri telah banyak membantu baginda dalam pentadbiran negeri. Kematian Datuk Wan Muhammmad Saman pada 14hb. Disember 1898 merupakan satu kehilangan besar kepada negeri Kedah.
Sementara untuk jaminan keselamatan, baginda telah mencadangkan penubuhan pasukan polis.Sultan Abdul Hamid juga membawa banyak pembaharuan dalam bidang ekonomi. Antaranya ialah baginda menggalakkan penanaman padi di negeri Kedah. Hasil perbincangan dengan Datuk Wan Muhammmad Saman, terusan sepanjang 22 batu, 24 kaki lebar dan sedalam 5 kaki telah dibina bermula dari Sungai Kedah ke kaki Gunung Jerai untuk tujuan pengairan. Selain penanaman padi, penanaman getah turut diperkenalkan pada tahun 1909. Anakanda baginda, Tunku Ibrahim telah memperkenalkan pekan sehari atau lebih dikenali sebagai 'pekan nat' untuk para petani memasarkan hasil pertanian mereka. Baginda telah berkenan menganugerahkan sebidang tanah sebagai tapak untuk pembinaan 'Pekan Rabu'.
[ Last edited by fuel_i at 16-6-2009 09:16 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Abdul Hamid turut mengambil berat soal perkembangan agama Islam. Sekembali dari Siam pada tahun 1885, baginda telah memberi perhatian terhadap usaha membesarkan Masjid Zahir. Baginda mengambil contoh masjid di Acheh untuk reka bentuk baru Masjid Zahir. Baginda telah menubuhkan Majlis Ulama, mengusahakan pembinaan Madrasatul Hamadiah di Limbung Kapal dan memperkenan pembinaan Al Ma'hadi Mahmud (Maktab Mahmud) di Jalan Pegawai. Selain itu, baginda telah memperkenalkan jubah untuk dipakai oleh kakitangan masjid.
Sultan Abdul Hamid juga berkebolehan menguasai bahasa Inggeris, bahasa Siam dan bahasa Arab.Baginda amat menitikberatkan soal pendidikan rakyat. Untuk tujuan itu, banyak sekolah didirikan. Antaranya di Kulim (1896), Jalan Baru Alor Star (1898), Yan (1900), Simpang Empat Kangkung (1906) dan Junjung, Kulim (1906). Atas keprihatinan melihat pelajar aliran Inggeris berulang-alik untuk mendapat ilmu di Pulau Pinang, baginda telah perkenan menubuhkan sebuah sekolah Inggeris yang pertama pada tahun 1908 di Alor Star yang kemudiannya dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Pada peringkat awal, para pelajar hanya terdiri daripada anak-anak golongan bangsawan. Namun pada tahun 1911, KSAH telah dibuka untuk orang ramai. Pada tahun 1917, KSAH telah dirasmikan oleh baginda. Sekolah Cina turut dibenarkan dibina. Pada tahun 1930-an wujud pula sekolah Tamil pertama di negeri Kedah iaitu di Kuala Muda.
Antara pembaharuan lain ialah baginda menggerakkan usaha pembinaan jalan raya, memprkenalkan perkhidmatan telegraf (1899), penubuhan Jabatan Kesihatan dan penjara (1905), hospital (1908) serta pengemasan Balai Nobat (1912). Baginda turut memperkenalkan bendera peribadi baginda yang berwarna kuning pada tahun 1912.
Menginjak di penghujung pemerintahan, baginda telah kehilangan kaum kerabat yang banyak membantu iaitu Tunku Aziz, Tunku Mahmud dan Tunku Ibrahim. Baginda sendiri turut mengalami masalah kesihatan. Semasa kedatangan Jepun pada tahun 1943, baginda telah melarikan diri mengikut pegawai-pegawai Inggeris. Atas kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman, baginda dibawa ke Sidim, KUlim untuk mendapatkan perlindungan. Baginda telah menduduki takhta selama 62 tahun. Baginda dianggap sebagai seorang Sultan yang memiliki kebesaran daulat oleh banyak generasi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Yang Di-pertuan.
Baginda mangkat pada 13hb. Mei 1943 dan diganti oleh Sultan Badlishah. Anakanda-anakanda Almarhum termasuklah DYMM Sultan Badlishah, Tunku Ya'acob dan Tunku Abdul Rahman Putra yang dilahirkan pada 8hb. Februari 1903 di Alor Star. Tunku Abdul Rahman Putra ialah Perdana Menteri Malaysia pertama (1957 - 1959 dan 1959 - 1970). Beliau meninggal dunia pada 6hb. Disember 1990 di Kuala Lumpur. KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim yang memerintah negeri Kedah Darul Aman sekarang ialah cucunda DYMM Tuanku Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
[ Last edited by fuel_i at 16-6-2009 09:00 ] |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by fuel_i at 17-6-2009 08:33 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Sultan paling popular kat Utara!! |
|
|
|
|
|
|
|
kat gambo almarhum ada bulu burung cenderawasih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 pisang69's post
Tu la orang dok gantung gambar Almarhum Tuanku untuk buat pelaris katanya.....tak kira Melayu, India Cina! |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah Tok aku pun ada letak gambar sultan abdul hamid tapi berwarna punya lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 HangPC2's post
Ori punya ke digital manipulation? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 alphawolf's post
aku ada perasan gambar sultan ni masa minum minum kat gerai di bagan semalam. ada banyak pulak tu. mana la tuan dia dapat. siap bergambar dengan pembesar istana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 alphawolf's post
pernah jugak tengok yg ade kaler punya. gambar penuh badan. tak tau le tu ori ke dak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pisang69 at 16-6-2009 11:38
kat gambo almarhum ada bulu burung cenderawasih?
ya..bulu cenderawasih |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 16-6-2009 13:50
Ori punya ke digital manipulation?
rasanya xde yg ori kaler pnya kot..semuanya baru boh kaler ja |
|
|
|
|
|
|
|
DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah 3
[ Last edited by fuel_i at 17-6-2009 09:28 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 alphawolf's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 fuel_i's post
Lebih kurang macam ini lah.... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih tuan tanah, buka thread yang menarik.
**hird duduk bersipuh sambil makan mempelam ceceh gharam belacan, menantikan cerita2 yang menarik dan "panas" pasai sultan nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada 23.3.1882, DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah telah disahkan perlantikannya sebagai pemerintah Kedah oleh Raja Siam. Pengesahan ini adalah ekoran perbalahan yang timbul mengenai pewarisan takhta Kerajaan Kedah setelah kemangkatan Almarhum Sultan Zainal Rashid Muazzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah. Perbalahan bermula apabila Tunku Ziauddin (Tunku Kudin) mengepalai perwakilan Kedah ke Bangkok untuk memujuk Raja Siam melantiknya sebagai Sultan Kedah. Perkara ini telah ditentang dengan kerasnya oleh Tunku Yaakub, Wan Muhammad Saman dan Wan Hajar di mana mereka mahukan Tunku Abdul Hamid Halim Shah dilantik sebagai pemerintah Kedah. Disebabkan oleh peranan Tunku Ziauddin semasa perang saudara di Selangor dan hubungan yang rapat dengan Inggeris, Raja Siam telah menolak permintaan Tunku Ziauddin untuk menjadi Sultan Kedah. Dengan kegagalan ini, Tunku Ziauddin kemudiannya telah mencadangkan pula Tengku Kassim untuk tujuan perlantikan tersebut. Setelah perbincangan berjalan selama lima bulan, Rama IV iaitu pemerintah Negeri Siam pada masa itu, telah melantik Tunku Abdul Hamid Halim Shah sebagai waris takhta Kerajaan Negeri Kedah yang sah. Dengan perlantikan Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, pada hari ini dalam tahun 1882 bermulalah satu era baru dalam sejarah pembangunan dan kemajuan negeri Kedah di mana baginda kemudiannya dikenali sebagai 'Pengasas Kedah Moden'. |
|
|
|
|
|
|
|
Baginda Sultan Telah Mengimamkan Solat Jumaat
Masjid Zahir telah mula dibina pada 11hb Mac 1912 bersamaan 22hb Rabiul Awal 1330, dan telah dirasmikan pada hari Jumaat, 15hb Oktober 1915 bersamaan 6 Zulhijjah 1333 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pembinaannya mengambil masa selama tiga tahun. Pada majlis perasmian, Tunku Mahmud (Adinda Al-Sultan) telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah berkenan mengimamkan solat Jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# pisang69
x ingat baca kat mana, katanya bulu burung cenderawasih. kebanyakan sultan2 kat Malaysia memiliki burung atau bulu burung cenderawasih.....katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
dengan cerita almarhum Tuanku seorang raja yang disayangi oleh pelusuk negeri kedah |
|
|
|
|
|
|
| |
|