Semalam ada seorang kawan lama telefon. Ingatkan nak mengeratkan silaturrahim ke, atau rindukan aku ke, sekali nak jual insurans daa...
Hari tu, ada jugak kawan lama telefon, ajak masuk MLM.
Bulan lepas, skim cepat kaya.
Tahun-tahun lepas, buluhmas, abfund, gigiemas, kukuemas, dan bermacam-macam emas lagi.
Oii... korang nak tipu member sendiri ke apa?
Phobia aku nak received call dr kawan2 lama ni. Yang terbaru ni, bila dia cakap aje pasal insurans, aku terus letak.
Weii.. aku dengan korang kawan tau? Janganlah cuba mempergunakan aku hanya kerana aku pernah kenal korang. Ke mana perginya nilai persahabatan kita tu?
Kalau nak senang/kaya pun, buat laa perniagaan yang benar, logik, diterima akal serta sah. Aku takkan terpedaya dengan janji-janji palsu yang korang taburkan tu.
Tanah reserve jalan punya laa banyak bersemak samun, takde sapa pun nak pacak hatta walau sebatang anak pokok ubi kayu pun. Berusahalah dengan tenaga dan daya upaya korang. Keluarkanlah peluh barang setitis dua. Janganlah jadi parasit yang menghisap darah sahabat sendiri.
bukan soal tipu kawan...mereka dah sertai program tersebut..tentu laa kena jaja...
aku pun kurang senang dgn kawan camni...yang paling teruk adalah bermasam muka kalau kita x join dia...pasal MLM boleh memutuskan hubungan sesama kita...