CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5415|Reply: 3

Perihal perkhidmat teksi di Shah Alam

[Copy link]
Post time 4-3-2010 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 4-3-2010 09:56

Lagak macam teksi sapu

Oleh WAN SYAMSUL AMLY WAN SEADEY
[email protected]


MENDAPATKAN perkhidmatanteksi bukan satu masalah di Shah Alam tetapi kebanyakan pemandu teksi di bandar raya itu didakwa enggan menggunakan meter. - UTUSAN/AhmadLuqman Ismail

SHAH ALAM 3 Mac - Isu teksi tidak menggunakan meter di Kuala Lumpur sudah dianggap sebagai barah dalam industri pengangkutan awam di ibunegara.

Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat, pihak berkuasa kini sedang giat 'mengubati' penyakit tersebut bagi mengelakkannya daripada merebak.

Warga kota juga kini semakin berhati-hati dengan ragam pemandu teksi dan mereka juga mahukan golongan pencekik darah itu 'dibersihkan'segera oleh pihak berkuasa.

Malangnya, di saat barah yang menjadi trauma warga kota itu sedang diubati, penyakit itu dilihat sudah merebak ke bandar raya Shah Alam pula.

Puncanya mudah. Mungkin pemandu teksi di sini menganggap pihak penguat kuasa sibuk dengan teksi di ibu negara dan tidak 'sempat' untuk membuat pemeriksaan di Shah Alam.

Akibatnya, lagak mereka kini tidak ubah seperti pemandu teksi sapu.

Tidak percaya? Anda boleh cuba sendiri mengambil teksi di hadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kompleks SACC atau mana-mana pusat beli-belah di sini.

Tinjauan sehari Utusan Malaysia di Shah Alam mendapati, secara rawak, lapan daripada 10 pemandu teksi di sini akan meletakkan harga selepas penumpang menaiki teksi.

Peliknya, harga itu boleh dirunding seandainya dirasakan terlalu tinggi dan pemandu teksi juga boleh menafikan hak mana-mana penumpang yang hendak ke mana-mana destinasi tanpa sebarang alasan.

Penulis yang merayau di sekeliling Shah Alam menggunakan teksi mendapati kebanyakan pemandu teksi 'jenis' itu menjadikan tempat menunggu di hadapan beberapa kompleks dan hotel di sini sebagai lokasi tumpuan mereka.

Kesimpulannya mudah sahaja. Pemandu teksi di Shah Alam boleh dikategori sebagai degil walaupun hampir semua pintu kenderaan mereka mempunyai pelekat 'teksi ini menggunakan meter'.

Pelajar, Zhareef Azali, 21, menjelaskan, teksi di Shah Alam kini boleh dikira sudah 'naik tocang' dan menjadikan pelajar universiti serta kolej di sekitar bandar raya itu sebagai mangsa.

Katanya, harga tetap yang diberi kebanyakannya 'lari' kira-kira RM3 sehingga RM4 jika dibandingkan dengan menggunakan meter.

"Saya memilih untuk menggunakan teksi kerana mahu lebih cepat sampai ke kolej atau kompleks PKNS namun jika pemandu teksi sendiri sudah cekik darah dan enggan menggunakan meter, pasti penumpang yang menjadi mangsa.

"Saya pernah bertekak dengan beberapa pemandu teksi yang enggan menggunakan meter dan saya kemudian diminta keluar dari kenderaan mereka. Apa yang berlaku di sini boleh dikira sudah melampau," katanya.

Paling menyedihkan, kata Zhareef, dia pernah disindir oleh seorang pemandu teksi yang memintanya untuk naik bas sahaja jika tidak mampu membayar tambang teksi yang ditetapkan oleh pemandu itu.

"Saya bukan daripada keluarga senang namun sekali-sekala mahu menggunakan perkhidmatan teksi untuk menjimatkan masa," ujarnya.

Sementara itu, pekerja swasta, Nora Farhanis Rahman, 22, berkata, kebanyakan pemandu teksi di Shah Alam akan menyatakan kadar tambang selepas mengetahui destinasi pelanggan mereka.

Jelasnya, alasan yang diberikan ialah harga itu jauh lebih rendah berbanding menggunakan meter dan ia sudah ditetapkan oleh semua pemandu teksi di kawasan berkenaan.

"Buka pintu teksi, cakap hendak ke mana dan kemudian anda akan diberitahu tambangnya. Itu yang berlaku dan cara teksi di sini beroperasi.

"Bila kita tanya mengapa tidak menggunakan meter, alasan mereka harga itu sama sahaja dengan meter dan pemandu teksi lain turut menggunakan cara sama," katanya.

Dalam nada marah, pekerja swasta, Nazrin Shah Abdul Aziz, 24, berkata, isu pemandu teksi tidak menggunakan meter di Shah Alam bukan perkara baru.

Tegasnya, harga yang diberi seolah-olah sudah 'diredai' oleh kebanyakan penumpang dengan alasan tidak mahu bergaduh dengan pemandu teksi berkenaan.

"Sudah lama isu ini berlarutan dan penumpang mungkin takut untuk mengadu kepada pihak berkuasa mengenai apa yang berlaku di Shah Alam hari ini.

"Sudah terang, tidak menggunakan meter adalah satu kesalahan dan lagak pemandu teksi ini pula kadang kala seperti samseng sekali gus  menakutkan penumpang untuk meminta mereka menggunakan meter," katanya.

Seorang lagi pelajar, Fatin Syazwani Md. Johari, 21, mengesyorkan orang ramai supaya memulaukan sahaja mana-mana pemandu teksi yang enggan menggunakan meter.

Katanya, tindakan mengadu di kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di nombor talian yang tertera di belakang teksi juga merupakan jalan terbaik untuk menghalang perkara itu daripada menjadi lebih teruk.

"Ini hak kita sebagai pengguna teksi. Sampai bila kita hendakmengalah dan membayar harga yang lebih tinggi daripada menggunakan meter,'' katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2010 09:57 AM | Show all posts
kalau teksi-teksi kat stesen komuter plak, kalau boleh nak bawak satu kereta 4 penumpang....pastu kalau boleh biarlah haluan berbeza-beza sbb nanti boleh charge harga ikut kepala. kalau naik 4 orang, satu destinasi jerk... harga kira bayar sekali jerk... dorang tak nak amek yang naik satu geng nehhh

itu kat stesen komuter shah alam punye citer...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 01:23 PM | Show all posts
yup...betul... dioarg memang teruk.. pastu eksyen giler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2010 02:20 PM | Show all posts
kasar, mcm samseng...
kurang ajar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.120559 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list