CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6633|Reply: 10

Terminal Bukit Jalil [Perhentian sementara]

[Copy link]
Post time 12-4-2010 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 12-4-2010 10:42

Terminal Bukit Jalil mula operasi
Oleh ARDYHANSAH AMAT
kota@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 11 April – Terminal bas sementara di Bukit Jalil, yang menggantikan Hentian Puduraya, mula beroperasi hari ini dengan bas pertama dijadualkan memasuki hentian itu pada pukul 5 pagi.

Terminal itu, yang beroperasi di Padang Letak Kereta F, berhampiran Stadium Hoki Nasional, dibuka selama empat bulan bagi menggantikan Hentian Puduraya yang sedang dinaik taraf.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Uda Mall Sdn. Bhd., anak syarikat UDA Holdings Berhad, Salamah Ismail, terminal tersebut menjadi hab kepada perkhidmatan bas ekspres ke Utara, Selatan dan Genting Highlands.

“Operasi perkhidmatan bas di Hentian Puduraya akan dihentikan secara rasminya pada pukul 12 tengah malam ini.

“Kemudian, sekitar pukul 5 pagi nanti, bas pertama akan memulakan operasi di sini (Bukit Jalil).

“Namun, perpindahan ini hanya melibatkan bas ekspres sahaja,perkhidmatan teksi masih lagi beroperasi di tempat lama (HentianPuduraya),” katanya kepada wartawan selepas melawat terminal itu hari ini.

Sebelum ini, UDA Holdings bercadang menutup pangkalan bas dan teksi itu pada 19 Mac lalu tetapi menangguhkannya atas sebab-sebab tertentu.

Perkhidmatan bas ekspres yang berpangkalan di situ juga pada awalnya dijadual di hentian sementara di Jalan Galloway, berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Setelah perbincangan antara UDA dan beberapa pihak seperti Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis, kita memutuskan untuk tidak beroperasi di kawasan tersebut bagi mengelakkan berlaku kesesakan di Jalan Hang Tuah.

“Kawasan Bukit Jalil ini juga sering kita gunakan sebagai terminal sementara pada musim perayaan,” kata Salamah lagi.

Tambahnya, perkhidmatan bas Rapid KL disediakan bagi membawa penumpang dari Puduraya ke Bukit Jalil.

Pengguna juga boleh menaiki kemudahan sistem transit aliran ringan (LRT), teksi dan bas untuk ke terminal sementara itu.

Utusan Malaysia difahamkan operasi terminal sementara tersebut menyerupai operasi di Hentian Puduraya.

“Kami turut menyediakan beberapa kemudahan asas yang lain seperti gerai makan, tandas, surau, pejabat urus setia, kaunter tiket, pondok kawalan polis, pondok Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Pihak UDA sedaya upaya menyediakan kemudahan tersebut bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai dalam tempoh empat bulan ini,” kata Pengurus Kanan UDA Mall, Ismail Hassan.

Terdapat 12 platform perhentian bas yang setiap satunya boleh memuatkan sepuluh buah bas dalam satu-satu masa disediakan.

Ismail menambah, pemandu bas yang menunggu giliran diminta meletakkan kenderaan mereka di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Awan Besar, yang terletak tidak jauh daripada Bukit Jalil.

Selain itu, katanya DBKL akan membina bonggol di Jalan Merah Cagar bagi mengelakkan kenderaan dipandu laju.

“Dalam masa yang sama, DBKL dan juga JPJ akan turut memastikan tidakada kenderaan diletakkan di tepi jalan untuk mengambil dan menurunkan orang ramai.

“Ini bagi mengelakkan kesesakan di jalan utama keluar masuk,” jelasnya.

Ujarnya lagi, 12 orang anggota polis dari Balai Polis Daerah Cheras juga akan bertugas mengawal keselamatan di sini.


/- take note laa eh...kena tahu gak..nek pegi sana mcm mana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2010 01:57 PM | Show all posts
Kelam-kabut di Puduraya, bas pengantara tak cukup



Orang ramai menaiki bas pengantara yang disediakan di Hentian Puduraya untuk ke terminal sementara di Bukit Jalil, semalam.

KUALA LUMPUR 12 April - Jalan-jalan di sekitar Hentian Puduraya agak lengang hari ini berikutan penutupan terminal bas dan teksi itu. Ini kerana Hentian Puduraya mula dihentikan perkhidmatannya hari ini, ditutup selama empat bulan untuk kerja-kerja menaik taraf yang dijalankan oleh pemiliknya, UDA Holdings Bhd..

Namun masih ada pengguna yang tidak sedar mengenainya. Malah, terdapat bas ekspres turut kelihatan mahu memasuki Hentian Puduraya pada awal pagi ini.

Ini menyebabkan keadaan agak kelam kabut kerana terlalu ramai yang menunggu untuk menaiki bas pengantara untuk ke terminal bas sementara di Bukit Jalil.

Apatah lagi, bas berkenaan dilihat dipenuhi oleh pekerja warga asing, yang entah mahu ke mana.

Utusan Malaysia difahamkan sebanyak enam buah bas pengantara Hentian Puduraya-Bukit Jalil disediakan dengan kekerapan setiap 15 minit. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak RM2.

Pengguna yang ditemui Utusan Malaysia masing-masing melahirkan keluhan dengan penutupan terminal itu kerana sudah terbiasa mendapatkan bas dengan mudah di sini.

Penyelia bas RapidKL, Mohamad Atan berkata, hari pertama agak kelam-kabut sedikit memandangkan orang ramai belum mendapat gambaran sebenar mengenai perkhidmatan dan kewujudan bas pengantara ke Bukit Jalil.

"Kemudahan bas pengantara ini beroperasi seawal pukul 6 pagi hingga 12 malam untuk menghantar orang ramai ke Bukit Jalil.

"Selain bas pengantara yang disediakan orang ramai mempunyai alternatif lain untuk ke Bukit Jalil seperti menggunakan sistem pengangkutan transit aliran ringan (LRT)," katanya.

Katanya, masih ada bas ekspres yang menuju ke sini pada awal pagi tadi, dan kemudian meneruskan perjalanan apabila melihat perhentian ini tidak digunakan lagi.

"Mungkin masih ada pemandu bas yang tidak mengetahui atau pun terlupa mengenai perpindahan perkhidmatan hentian ini namun apabila melihat keadaan hentian ini yang lengang mereka terus membuat pusingan U," jelasnya.

Sementara itu, seorang pelajar, Mohd. Azli Ideris, 25, berkata dia tidak tahu tentang penutupan hentian ini.

"Saya baru mengetahui mengenai penutupan ini hari ini dan terpaksa beratur untuk menaiki bas ke Bukit Jalil dan keadaan di sini juga kelam-kabut kerana masih ada lagi orang ramai tidak mengetahui tentang perkara ini," jelasnya.

Pekerja industri perabot, Fazli Zan, 26, pula memberitahu walaupun kemudahan bas pengantara ke Bukit Jalil setiap 15 minit tetapi masih tidak mencukupi.

"Kita boleh lihat keadaan bas yang sesak dengan penumpang dan masing-masing ingin cepat sampai ke destinasi.

"Malah, untuk sampai ke Bukit Jalil mengambil masa hampir setengah jam dan keadaan ini menyukarkan khususnya warga tua yang terpaksa bersesak dengan orang lain," katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa juga perlu memastikan pemandu teksi tidak mengambil kesempatan untuk mengenakan tambang yang mahal.

"Pastikan meter yang digunakan betul kerana bimbang pemandu teksi mengambil kesempatan kerana kebiasaannya orang yang menaiki pengangkutan awam ini bukan dari golongan yang berpendapatan tinggi.

"Diharapkan penambahbaikan Hentian Puduraya ini dapat disiapkan dalam tempoh empat bulan seperti yang dijanjikan kerana kemudahan bas memang sangat diperlukan di sini," ujarnya lagi.

Sementara itu, kelihatan peniaga masih mengemaskan barangan masing-masing untuk memindahkan perniagaan mereka ke gerai yang disediakan di terminal sementara Bukit Jalil.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:21 AM | Show all posts
Aku ahri2 lalu situ, sejak isnin baru ni xnak lalu, banyak bus, sesak dah, terpaksalah lalu kesas bayar rm2.20 nak gi puchong
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 08:34 AM | Show all posts
kena naik LRT laluan Sri Petaling utk ke Bkt Jalil..

pasni kalu nk blk kg, trpksa ke sna lh pulok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 12:29 PM | Show all posts
sori yer tmpg tny kalo dr utara ada x trn kat hentian duta..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 04:36 PM | Show all posts
@miszb - aku baru balik hari tu, amik tiket dari utara ke s.alam

utara --> hentian duta --> klang --> s.alam --> bukit jalil

p/s: ikut bas gak kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2010 11:37 AM | Show all posts
setakat ni blom jem teruk lg kt Bkt Jalil tu sejak adanya perhentian sementara ni...maybe ramai org belum alert lg kot..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 11:13 PM | Show all posts
dewi dok bukit jalil tiap hari nak lrt kat sini.. so far ok lah mmg byk bus tapi tak la sesak sgt . masih terkawal jalan kat lrt stesen tuh...

blessing i disguise gak sebab dulu tak der kawalan polis nih jalan belah lrt rajin sesak sebab org2 yg  bawak kete suka parking tunggu bini/anak/kwn/gf kat sebelah lorong teksi tu n buat jln 2 lorong jd 1 lorong jer.

kadang jenuh gak tunggu bus rapis nak lepas dr simpang kat care4 tuh nak sampai depan tu mau  5-10 min pun tak lepas.   now kete2 nih tak berani nak parking situ lagi dah so jalan tak sesak sgt.

hangin gak tgk dah ada kete tu parking jauh depan sikit apa salah nyer nih tk kalau boleh la masuk tunggu depan ekskelator dlm lrt tuh pun dia masuk kot dgn kete2 nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2010 01:29 AM | Show all posts
tumpang tanya..dari lrt bukit jalil nk ke padang letak kereta F tu jauh x? kt situ kire ade kaunter2 tiket bus jugak ke..nk balik ke kedah mls nk ke duta..jam gile..aritu dah tekena skali sbb xtau pudu dah ttp..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 11:04 AM | Show all posts
parking F tuh jauh... ada yg seberang stesen tuh jek dekat sket... tapi bayor...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 02:50 PM | Show all posts
Reply 9# mata_kucing

naik lrt kan senang..opposit lrt bukit jalil jer tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.056314 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list