CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

[Sabah] Sabah Benar Upacara Pengebumian Rumah Ibadat Bukan Islam Mulai Hari Ini

[Copy link]
Post time 9-11-2021 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Sabah Benar Upacara Pengebumian Rumah Ibadat Bukan Islam Mulai Hari Ini, Kata Masidi



Masidi Manjun berkata, kebenaran aktiviti berkenaan hanya kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.
KOTA KINABALU, 8 Nov : Aktiviti pengebumian dan penghormatan terakhir di rumah ibadat bukan islam serta rumah urus mayat di Sabah semasa Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus bermula hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata waktu operasi dibenarkan ialah dari 6 pagi hingga 8 malam dan tempoh upacara tidak melebihi dua jam bagi setiap sesi.

“Namun kebenaran aktiviti berkenaan hanya kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, individu atau keluarga yang belum divaksin dilarang sama sekali memasuki rumah ibadat kecuali kanak-kanak berusia 12 ke bawah yang mana ibu bapa telah lengkap divaksin,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata jumlah kes harian di Sabah terus menunjukkan trend penurunan dengan pengurangan 41 daripada 364 kes berbanding 405 kes yang dicatatkan semalam.

“Peratusan kes baharu yang diperoleh melalui saringan bergejala kekal tinggi pada tahap 38.2 peratus daripada jumlah kes keseluruhan dan kes kategori ini sering dikaitkan dengan kegagalan atau kealpaan mematuhi SOP khususnya semasa berkumpul atau berada di khalayak ramai.

“Ini terbukti melalui dapatan daripada punca kluster baharu yang muncul sekali sekala. Adalah diharapkan agar seluruh masyarakat mengambil berat keperluan mematuhi semua SOP tatkala Sabah melangkah ke Fasa Empat PPN,” katanya. – BERNAMA


sabahpost.net/2021/11/09





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058828 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list