View: 550|Reply: 0
|
Bekas kakitangan kedutaan Australia ditahan mengintai
[Copy link]
|
|
Pejabat Kedutaan Australia di Bangkok. FOTO PEJABAT KEDUTAAN AUSTRALIA
BANGKOK: Seorang bekas kakitangan di kedutaan Australia di Bangkok didakwa selepas beberapa kamera pengintip ditemui di bilik mandi wanita di pejabat itu, kata seorang pegawai kerajaan di Canberra.
Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia mengesahkan Polis Diraja Thailand menahan seorang bekas kakitangan warga tempatan bulan lalu.
"Kebajikan dan rahsia peribadi semua kakitangan tetap menjadi keutamaan jabatan dan kami memberikan sokongan sewajarnya," kata jurucakap jabatan itu dalam satu kenyataan.
Jurucakap itu enggan mengulas lanjut mengenai tindakan undang-undang yang sedang berjalan.
Komander Bahagian Hal Ehwal Luar Polis Diraja Thailand, Khemmarin Hassiri berkata, kedutaan Australia memfailkan aduan terhadap seorang lelaki pada 6 Januari lalu. Polis Thailand berkata siasatan sedang dijalankan.
Tidak jelas berapa lama kamera itu ditempatkan di dalam bilik mandi tetapi kewujudannya terbongkar selepas kad SD kamera ditemui di lantai bilik mandi pada tahun lalu, seperti dilaporkan ABC Australia.
Insiden itu satu pelanggaran keselamatan yang serius, kata seorang pakar pertahanan dan dasar luar Australia.
"Jika keselamatan cukup longgar untuk membolehkan peranti seperti kamera dipasang di mana-mana dalam kawasan selamat, ia menunjukkan ia tidak cukup ketat untuk memastikan keselamatan pejabat kedutaan," kata Prof Emeritus Kajian Strategik di Universiti Nasional Australia, Hugh White. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|