View: 562|Reply: 0
|
Wordle 'selamatkan' wanita jadi tebusan
[Copy link]
|
|
WORDLE. FOTO Hiasan
Washington: Seorang wanita di Chicago berjaya diselamatkan selepas menjadi tebusan selepas keluarga mengesyaki ada sesuatu tidak kena.
Ia selepas wanita itu gagal berkongsi skor Wordle harian dengan keluarganya.
Wordle adalah permainan teka huruf yang kini sedang popular dan memerlukan pemain meneka lima huruf dalam enam percubaan setiap hari.
Denyse Holt, 80, bersendirian di rumahnya pada 5 Februari lalu sebelum ia dipecah masuk seorang lelaki yang kemudian mengacukan pisau terhadapnya.
Lelaki terbabit dikenali sebagai James H Davis III, 32, berada dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah selepas memecahkan tingkap untuk masuk.
Polis mengesyaki Davis mengalami masalah mental.
Holt berkata, Davis memberi jaminan tidak akan mencederakannya, namun mendesak untuk mandi bersama sebelum mengunci wanita itu di ruang bawah tanah.
"Saya tidak menyangka akan dapat terus hidup," katanya kepada Stesen CBS.
Anak perempuan sulung Holt, Meredith Holt-Caldwell yang tinggal di Seattle curiga selepas ibunya tidak menghantar skor harian Wordle.
Dia kemudian menghubungi polis di Chicago sebelum pemeriksaan lanjut di rumah berkenaan menemui wanita terbabit yang dijadikan tebusan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|