CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 327|Reply: 0

[Terengganu] 831 mangsa Covid-19 meninggal dunia di Terengganu

[Copy link]
Post time 24-3-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode

Dr Alias semasa sidang media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes kematian tertinggi disebabkan jangkitan Covid-19 sejak penularan wabak terbabit di negara ini pada Mac 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, sehingga semalam, sebanyak 175 kes kematian dilaporkan di daerah Kuala Terengganu akibat Covid-19.

"Ia diikuti daerah Besut yang mencatatkan kematian sebanyak 141 kes, Dungun (139), Kemaman (133).

"Daerah Kuala Nerus pula mencatatkan sebanyak 79 kematian, Marang (85), Setiu (40) dan Hulu Terengganu sebanyak 39 kematian," katanya pada sidang media di ruang legar Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal itu berkata, rakyat diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah untuk menyekat penularan Covid-19.

Katanya, mereka juga digesa untuk terus mengamalkan pematuhan SOP walaupun negeri ini akan memasuki peralihan fasa endemik berkuat kuasa awal bulan depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.294772 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list