CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Terengganu] Harga juadah bazar Ramadan Terengganu dijangka meningkat

[Copy link]
Post time 27-3-2022 02:20 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Nurkhuzaini Ab. Rahman dalam sidang akhbar selepas Karnival Usahawan Terengganu (Kuat) di dataran jambatan angkat atau drawbridge di Kuala Nerus, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI

   
KUALA NERUS: Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan harga juadah di bazar-bazar meningkat sepanjang bulan Ramadan ini susulan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan jika krisis Rusia dan Ukraine berlarutan.

“Jika perang berpanjangan, peningkatan harga barang pasti tidak dapat dielakkan.

“Rusia dan Ukraine adalah pengeluar gandum terbesar dunia. Tentunya keadaan ini memberi implikasi kepada peniaga kuih dan roti misalnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Karnival Usahawan Terengganu (Kuat) di dataran jambatan angkat atau drawbridge, di sini hari ini.

Menjelang ketibaan Ramadan awal bulan depan, peniaga di beberapa negeri menjangkakan terpaksa menaikkan harga juadah yang dijual di bazar-bazar bagi menampung modal harga bahan mentah yang terus melambung.

Bayangan kenaikan tersebut diluahkan peniaga dan persatuan peniaga di Kedah, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan yang terpaksa membuat pilihan sama ada bersedia menjual dengan harga makanan lebih mahal atau tidak berniaga.

Sehubungan itu, Mohd. Nurkhuzaini  menasihatkan peniaga agar tidak menaikkan harga juadah secara keterlaluan di samping  menggiatkan pemantauan agar tiada unsur-unsur pencatutan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu, Zakaria Yusof berkata, kalangan peniaga bazar Ramadan di negeri ini berkemungkinan terpaksa mengecilkan saiz makanan atau minuman yang dijual sebagai pilihan terakhir untuk tidak menaikkan harga.

Katanya, langkah itu sekurang-kurangnya dapat membolehkan golongan berkenaan meraih sedikit pulangan susulan harga bahan mentah yang melambung di samping  harga tapak bazar yang tinggi. – UTUSAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.039277 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list