CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Kelantan] Kerajaan negeri mahu tanah tepi Sungai Golok

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 meronda di Sungai Golok, berdekatan Pengkalan Pulau. - Foto NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang mengambil tanah rizab sungai tepi Sungai Golok, bagi mengekang jenayah penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihaknya sudah beberapa kali menyatakan hasrat kepada Kerajaan Persekutuan supaya memberi peruntukan untuk pengambilan tanah berkenaan.

Katanya, pengambilan tanah itu dapat menghalang penyeludupan di sempadan negara.

"Antara yang merumitkan kerajaan kerana di sepanjang sempadan negara, terutama di sebelah Kelantan, banyak bangunan dibina di atas rizab dan tanah di tepi sungai.

"Ini menyebabkan adanya banyak lorong tikus yang tidak dapat kita pastikan, apabila penjenayah seberang dan dapat menyusup atau menyembunyikan diri di lokasi itu," katanya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan oleh Mohd Syahbuddin Hashim (BN- Galas) yang meminta kerajaan negeri mengulas laporan berkenaan masalah sosial remaja di negeri ini yang serius, termasuk dalam penyalahgunaan dadah serta tempat dadah masuk ke Kelantan.

Untuk proses pengambilan tanah, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan.

"Insya-Allah kita cuba angkat sekali lagi kepada pihak Kerajaan Persekutuan supaya dapat melaksanakan pengambilan tanah untuk pindahkan mereka ini.

"Untuk program seterusnya, mungkin kita akan menyediakan pagar atau benteng lebih baik untuk masa hadapan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.099040 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list