CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Pahang] Hilang lepas uli tepung

[Copy link]
Post time 30-3-2022 10:03 AM | Show all posts |Read mode


Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat Mohd. Ibrahim yang hilang selepas terjun ke dalam Sungai Pahang dari Jambatan Guai di Bera kelmarin.


BERA – Ahli keluarga seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Pahang dari Jambatan Guai di sini masih tertanya-tanya mengenai tindakan mangsa yang langsung tidak menunjukkan sikap pelik sebelum kejadian.

Jamaludin Awang Hassan, 59, berkata, anak angkatnya, Mohd. Ibrahim Suhaimi, 28, hanya memaklumkan melalui aplikasi WhatsApp supaya mengambil kereta yang diletakkan di atas jambatan berkenaan.

Katanya, bukan sahaja tiada langsung sikap pelik yang ditunjukkan, malah mangsa turut membantunya menguli tepung roti canai pada malam sebelum kejadian sebagai persiapan untuk berniaga di Felda Triang 1 di sini.

“Esoknya, dia mesej memaklumkan hendak keluar rumah. Lebih kurang 45 minit kemudian dia mesej lagi dan suruh saya ambil kereta dekat jambatan Kuala Triang.

“Saya tanya adakah kereta rosak, namun tiada jawapan sehinggalah saya dimaklumkan mengenai kejadian apabila kereta milik anak yang diletakkan di atas jambatan tersebar menerusi kumpulan WhatsApp,” katanya ketika ditemui.

Menurut Jamaludin, sehingga kini anaknya yang dipercayai terjun ke dalam sungai itu pada pukul 4 petang kelmarin masih belum ditemui.

Tambahnya, mangsa dalam perancangan untuk pulang ke Kuala Lumpur pada hujung ­minggu ini bagi menyambung kontrak kerja.

“Memang saya bukan bapa kandung tetapi saya dan isteri, Rohaliza Sulaiman, 47, yang jaga dia sejak lahir, apa-apa yang berlaku, semuanya dia akan me­ngadu atau bercerita kepada kami.

“Dia anak yang ceria, jadi bila perkara macam ni berlaku susah nak percaya. Saya harap dia dijumpai segera,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan dengan bantuan penduduk kampung.

“Kawasan pencarian diperluaskan sekitar 12 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Pasukan skuba bomba turut melakukan pencarian dengan menyelam di tiga lokasi berbeza. Operasi SAR juga dilakukan tanpa henti di sepanjang 12 kilome­ter sehingga ke Kampung Kuala Bera,” ujarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.107370 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list