View: 332|Reply: 0
|
[Terengganu]
Harap perbincangan baki hutang bina LPT positif
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Kerajaan negeri berharap perbincangan mengenai baki hutang sebanyak RM1.43 bilion yang belum dijelaskan kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan membuahkan hasil positif seperti yang diinginkan.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sebelum ini berhasrat untuk mendapatkan bayaran balik hutang itu secara pembayaran tunai dan bukannya melalui pembangunan projek di Terengganu.
"Sepatutnya saya berjumpa pada 28 Mac (Isnin) sebagaimana yang sebut dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) tetapi Menteri Kewangan sedang menjalani kuarantin pada tarikh itu selepas pulang dari luar negara.
"Jadi saya tunggu (dan) biar selesai kuarantin dahulu (dan), kita akan ada perjumpaan selepas itu.
"Insya Allah, dalam masa terdekat (kita akan jumpa), mungkin dalam seminggu yang akan datang," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Tahun Semarak Dakwah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Ahmad Samsuri berkata, perbincangan awal yang dijalankan sebelum ini sudah mencapai persetujuan yang positif.
"Insya Allah, kita berdoa begitu sebab hasil perbincangan awal ke arah itu (bayaran tunai).
"Saya tak nak bagi apa-apa isyarat lagi sebab saya pun tiada gambaran ke arah mana sebenarnya yang mungkin akan dipertimbangkan tetapi tentu kalau kita minta, kita minta yang maksimum," katanya.
Untuk rekod, jumlah sebenar yang dibiayai Kerajaan Negeri Terengganu bagi pembinaan lebuh raya itu ialah sebanyak RM1.85 bilion manakala jumlah yang sudah disalurkan kepada kerajaan negeri hingga Jun 2019 berjumlah RM418.5 juta. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|