CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu catat PICKids kedua terendah

[Copy link]
Post time 30-3-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan kadar vaksinasi kanak-kanak kedua terendah dalam negara sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dilaksanakan pada Februari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini hanya 12.2 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang layak divaksin di negeri ini sudah menerima vaksinasi dan jumlah tersebut masih rendah.

"Kita tidak buat kajian menyeluruh punca ibu bapa tidak mahu anak mereka divaksin tapi berdasarkan respon yang diterima, ibu bapa bimbang kesan sampingan dari vaksin ini lalu mengambil sikap tunggu dan lihat.

"Ibu bapa tidak patut bimbang kerana vaksin Covid-19 sama dengan vaksinasi lain seperti BCG (Bacillus Calmette Gurrain) dan sebagainya, ini (vaksin) bukan perkara baharu, ia sudah lama dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Tahun Semarak Dakwah Negeri Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman pada Rabu.

Sehingga Selasa, seramai 21, 822 daripada 178,700 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang layak divaksin di Terengganu sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Sehubungan itu, Ahmad Samsuri meminta kerjasama ibu bapa supaya membenarkan anak-anak mereka divaksin sebagai persediaan negara memasuki fasa endemik pada 1 April nanti.

"Ini juga merupakan usaha ibu bapa untuk memastikan kesejahteraan dan perlindungan anak-anak daripada Covid-19. Saya juga harap mereka yang belum menerima dos penggalak agar berbuat demikian secepat mungkin," ujarnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... Kids-kedua-terendah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.087048 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list