CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 408|Reply: 0

[Terengganu] Surau buluh bentuk penyu

[Copy link]
Post time 2-4-2022 10:38 AM | Show all posts |Read mode

SURAU di Dataran Tembesu dibina menggunakan buluh mata rusa, betung dan semantan.

Kuala Nerus: Berbentuk penyu dan dibina menggunakan tiga jenis buluh berbeza menjadikan surau di Dataran Tembusu di sini, sebagai satu tarikan baharu buat penduduk dan pelancong.

Masih dalam pembinaan dan dijangka siap Julai ini, surau istimewa berkenaan boleh memuatkan 200 jemaah dalam satu-satu masa.

Pengurus projek Muhammad Khairullah Yahya, 27, berkata, secara keseluruhan, lebih 3,000 batang buluh digunakan yang mana 1,700 batang sebagai struktur surau manakala 1,300 ke 1,500 lagi dijadikan bumbung.

"Tiga jenis buluh digunakan dalam pembuatan surau ini iaitu buluh mata rusa yang diperoleh di Chemerong, Terengganu; buluh semantan dari Bentong, Pahang dan buluh betung yang kita ambil di sebuah kebun di Kulai, Johor.


Pekerja melakukan kerja-kerja pembinaan surau yang diperbuat dari buluh di Dataran Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu. FOTO GHAZALI KOR

"Kebanyakan buluh yang digunakan berdiameter tiga ke empat inci dan kita menggunakan teknik melentur untuk mendapatkan reka bentuk seperti cengkerang penyu, empat kaki dan kepala," katanya, baru-baru ini.

Menurutnya, kos pembinaan surau itu berjumlah RM500,000 dan akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebaik siap sepenuhnya.

Akuinya, rekaan surau itu istimewa kerana keseluruhannya berbentuk melengkung tanpa ada buluh yang disusun secara menegak sebagai sokongan.

"Sebanyak 17 lengkungan buluh bagi struktur utamanya sebelum semua bahagian disambungkan secara pasak, manakala lantai pula konkrit," katanya.



https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -buluh-bentuk-penyu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.069464 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list