CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Kelantan] Buat 'wheelie' lepas hantar juadah buka puasa

[Copy link]
Post time 16-4-2022 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki berusia 23 tahun melakukan aksi 'wheelie' dan memiliki sebiji pil kuda ketika ditahan di Kampung Bechah Semak, Pasir Mas, dekat sini petang semalam. FOTO IHSAN POLIS

Kota Bharu: Aksi 'wheelie' yang dilakukan seorang lelaki lengkap berbaju Melayu di Jalan Pangkal Kala, Pasir Mas, dekat sini memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 23 tahun itu baru selesai membuat penghantaran makanan untuk berbuka puasa kepada pelanggan dari kedai makan yang diusahakan ibunya.

Turut ditemukan bersama lelaki itu adalah sebiji pil kuda yang dibungkus dalam kerajang aluminum dan disimpan dalam kotak rokok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, tangkapan dibuat pada 6.30 petang dalam Op Samseng Jalanan.

"Ketika pemantauan dibuat di sekitar Jalan Pangkal Kala menghala ke Gelang Mas, seorang penunggang dikesan melakukan aksi 'wheelie' dengan mengangkat tayar hadapan motosikal.

"Pasukan tangkapan berjaya menahannya di Jalan Bechah Semak dan pemeriksaan di tubuh lelaki itu menemui sekotak rokok di mana di dalamnya terdapat satu kerajang aluminium mengandungi sebiji pil kuda," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Shuhaimi berkata, lelaki itu bersama motosikal Honda C70 miliknya dibawa ke Balai Trafik Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Dalam operasi bermula 5 petang hingga 10 malam itu, sebanyak 35 motosikal diperiksa dengan 29 saman dikeluarkan.

Kesalahan yang paling banyak dikesan adalah tidak memakai topi keledar iaitu 10 saman diikuti sembilan kes tiada lesen memandu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-juadah-buka-puasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036061 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list