CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Terengganu] RM4.5 juta kerugian membabitkan 104 kes Macau Scam

[Copy link]
Post time 25-4-2022 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Hampir RM4.5 juta kerugian membabitkan 104 kes Macau Scam direkodkan dalam tempoh Januari lalu hingga semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 167 peratus berbanding rekod sama tahun lalu yang hanya merekodkan 39 kes dengan kerugian hampir RM600,000.

Beliau berkata, peningkatan ketara kes penipuan Macau Scam dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini amat membimbangkan dengan jumlah kerugian tertinggi direkodkan adalah lebih RM736,000.

Katanya, lima kes terbesar adalah membabitkan kakitangan kerajaan seperti pesara atau pun yang masih berkhidmat membabitkan golongan profesional seperti doktor dan guru.

"Kerugian tertinggi direkodkan pada Mac lalu apabila seorang pesara guru kerugian lebih RM736,000 diikuti seorang lagi pesara (RM532,00).

"Situasi ini sangat membimbangkan dan saya ingin mengingatkan masyarakat untuk lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Rohaimi berkata, peningkatan kes terus berlaku walaupun pelbagai peringatan dan nasihat menerusi media massa dan elektronik serta ceramah mengenai kegiatan berkenaan diberikan.

"Sebagai contoh, ada satu kes membabitkan seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan mengalami kerugian RM100,000 selepas tiga hari dia mendengar ceramah yang diberikan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengenai kes jenayah komersial.

"Kita tidak tahu bagaimana untuk elak masyarakat terus jadi mangsa sedangkan pelbagai pendedahan dan nasihat diberikan.

"Jadi sekarang ini, jangan dengar apa-apa selain daripada polis dikenali dan minta masyarakat berbaik dengan polis sekurang-kurangnya satu keluarga mengenali seorang polis.

"Kita sudah ada satu polis satu masjid jadi pastikan masyarakat kenal polis, jadi bila dapat panggilan daripada mana-mana pihak hubungi polis dikenali untuk mendapatkan kesahihan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -104-kes-macau-scam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040450 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list