View: 351|Reply: 0
|
[Kelantan]
ATM rampas 510 kg daun ketum
[Copy link]
|
|
ATM menggagalkan penyeludupan dan merampas 510 kg bernilai RM15,300 daun ketum di sini, hari ini. FOTO ihsan ATM
Kota Bharu: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas 510 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM15,300 dipercayai cuba diseludup ke negara jiran dalam operasi di Kampung Nibong dekat Tanah Merah, di sini, hari ini.
Serbuan pada 7.30 pagi dilakukan oleh sepasukan anggota Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged) selepas pasukan pelaksana operasi melakukan pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan sempadan.
ATM dalam kenyataan memaklumkan pasukan operasi menemukan beberapa longgokan bungkusan plastik hitam yang mencurigakan di tebing Sungai Golok ketika melakukan rondaan di laluan penyeludupan.
"Pemeriksaan ke atas bungkusan plastik hitam menemukan sejumlah 50 plastik hitam berisi daun ketum seberat 510 kg.
"Bungkusan plastik daun ketum berkenaan dipercayai mahu diseludup ke negara jiran dan rampasan ini memberi petunjuk bahawa penyeludupan daun ketum di sempadan Kelantan-Thailand dilihat semakin aktif berikutan permintaan dan harga yang tinggi di pasaran Thailand," katanya.
Menurut kenyataan itu, rampasan daun ketum di sekitar lokasi berkenaan adalah yang kedua dalam bulan ini dan yang kesembilan sepanjang tahun ini.
"Kesemua barang rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-510-kg-daun-ketum |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|