|
Keadaan dua rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran dan letupan di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan. FOTO Asrol Awang
Kuantan: Jiran mangsa kebakaran dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, di sini, hari ini mendakwa terdengar bunyi dua letupan dalam kejadian itu.
Peniaga kedai makan, Faridah Mamat, 56, berkata dia sedang memasak untuk persediaan bersahur ketika kejadian berlaku kira-kira 3 pagi itu.
"Pada awalnya saya terdengar satu letupan dan disusuli letupan kedua yang menyebabkan berlaku kebakaran.
"Letupan pertama saya tidak melihat api, tetapi mula ternampak api sebaik berlaku letupan kedua.
"Ketika itu api marak dan saya serta jiran lain tidak dapat berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
Katanya, dia bersama jiran lain menunggu kehadiran anggota bomba untuk operasi menyelamat.
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, seorang kanak-kanak lelaki beusia dua tahun maut, lima cedera dan tiga selamat dalam kebakaran yang mengakibatkan dua rumah musnah.
Kebakaran itu juga menyebabkan tiga kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus, manakala dua kenderaan mengalami kerosakan teruk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ar-dua-letupan-kuat |
|