CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Pahang] Hujan lebat 3 jam antara faktor banjir kilat di Janda Baik

[Copy link]
Post time 12-5-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode

KAMARUL Azzra Rais 35, melihat keretanya yang musnah dibawa arus air sungai deras ketika tinjauan banjir kilat yang melanda di Kampung Janda Baik, Bentong. FOTO Aizuddin Saad

Kuantan: Hujan lebat di kawasan hulu sehingga mengakibatkan limpahan air sungai antara faktor utama banjir kilat di Janda Baik, Bentong, semalam.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, faktor lain pula susulan daripada keadaan sungai yang cetek disebabkan banjir besar pada 17 Disember 2021.

Katanya, cerapan data stesen hujan di Kampung Janda Baik menunjukkan bahawa taburan hujan di kawasan itu ialah sebanyak 19.5 milimeter (mm) dalam tempoh tiga jam berkenaan.

"Kadar hujan 19.5 mm dalam tempoh tiga jam ini dikategorikan sangat lebat kerana taburan normal hujan adalah di bawah 10 mm," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Wan Rosdy berkata, susulan kejadian banjir kilat itu, beliau mengarahkan beberapa tindakan dilaksanakan dengan kadar segera khususnya bagi membantu mangsa banjir yang terkesan.

Sebagai langkah awal katanya, sebanyak 500 pek makanan dan bantuan lain seperti selimut, tuala dan air mineral yang diselaraskan oleh kerajaan negeri diagihkan kepada mangsa.

"Saya sudah minta pek makanan dan bantuan ini ditambah dari semasa ke semasa dengan kadar segera.

"Bagi membantu kerja-kerja pascabanjir termasuk pembersihan rumah, Sukarelawan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) khususnya dari Bentong akan melakukan gerak kerja secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata, ketika ini, kerajaan negeri dan agensi yang terbabit sedang memberi tumpuan khusus kepada operasi penyaluran bantuan kepada mangsa banjir.

Pada kejadian 5.30 pagi itu, 42 keluarga terpaksa berpindah ke kawasan selamat selepas dilanda banjir kilat membabitkan beberapa kampung sekitar Janda Baik.

Antara kampung terjejas teruk termasuklah Kampung Sum Sum, Kampung Pulau Santap dan Kampung Chemperoh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kilat-di-janda-baik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036680 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list