View: 446|Reply: 0
|
[Pahang]
Ayam ada tetapi jualan terhad
[Copy link]
|
|
Kuantan: Bekalan ayam di daerah ini dilihat semakin pulih biarpun jualan bahan mentah itu masih terhad.
Ia hasil tinjauan wartawan di Pasar Pagi Jaya Gading di sini, hari ini yang mendapati peniaga mula menjual ayam walaupun dalam kuantiti terhad berbanding minggu lalu yang mana pengguna menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan ayam.
Untuk rekod, minggu lalu banyak peniaga ayam terpaksa menutup premis mereka kerana tiada bekalan ayam untuk dijual.
Malah, pemerhatian wartawan mendapati orang ramai beratur panjang untuk membeli ayam daripada peniaga di pasar berkenaan.
Peniaga gerai makan, Rohana Ali, 47, berkata dia bersyukur kerana tidak berdepan lagi kesukaran untuk mendapatkan ayam.
Katanya, minggu lalu, dia terpaksa mencari di beberapa pasar raya dan kedai runcit kerana kebanyakan makanan yang dijual di gerainya berasaskan ayam.
"Hari ini saya gembira kerana ayam mula dijual dan bekalan ayam juga banyak berbanding sebelumnya.
"Sebagai peniaga, saya harap kerajaan segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan untuk memastikan ayam sentiasa ada di pasaran dan dijual pada harga yang tidak membebankan rakyat," katanya.
Sementara itu, suri rumah, Faridah Hamdan, 56, berkata masalah kekurangan bekalan perlu ditangani segera.
Katanya, harga ayam yang dijual juga diharap tidak membebankan pengguna ketika ada beberapa barang keperluan lain turut mengalami peningkatan.
"Sebaiknya, harga jualan ayam dikawal dan tidak hanya pada musim perayaan," katanya.
Disiarkan pada: Mei 27, 2022 @ 12:28pm
Ayam yang dijual di Pasar Pagi Jaya Gading, Kuantan. FOTO Asrol Awang
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alan-terhad-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|