CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 0

[Terengganu] Bina rumah dengan hasil menjual merpati

[Copy link]
Post time 31-5-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode

Hamzah menunjukkan merpati Pouter jinak berharga RM1,500 seekor. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli

Kuala Terengganu: "Orang pandang rendah ketika permulaan saya membiak burung merpati hias namun kini, hasil jualan unggas ini membolehkan saya membina sebuah rumah," kata Hamzah Abd Rahman.

Hamzah, 33, dari Kampung Kebor Besar, Manir berkata, dia menternak merpati hias sejak 2012 dan bermula dengan merpati baka 'Lahore' dan 'Santinet'.

"Pada peringkat awal, saya mengeluarkan modal RM400 untuk menternak dua baka merpati hias itu. Hasil jualan anak-anak burung itu saya kumpul sebelum saya beli baka merpati yang lebih berkualiti termasuk 'USA Modena' pada harga RM15,000 sepasang.

"Kini, saya memiliki lebih 10 baka merpati hias termasuk 'Pouter', 'Gaditano', 'River Swing', 'Showking', 'English Modena', 'Indian Fantail' dan 'Racing Homer'," katanya ditemui di reban merpati hias miliknya hari ini.

Hamzah berkata, merpati itu dijual berdasarkan baka dan paling mahal pernah dijual berharga RM15,000 sepasang.

"Saya menjual anak burung merpati itu seawal usia 30 hari. Pelanggan datang dari seluruh negara selain Brunei, Thailand, Indonesia dan Kemboja.

"Potensi penternakan merpati hias ini sangat cerah dan ia semakin mendapat sambutan berikutan pertandingan merpati hias yang rancak dianjurkan di seluruh negeri.

"Penternak baru hanya perlu keluarkan modal besar pada permulaan sebelum memperoleh hasil daripada jualan anak-anak merpati itu," katanya.

Tambahnya, paling seronok menternak merpati hias ialah kerana ia tidak cerewet dan senang untuk membiak.

"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, saya menjana pendapatan lumayan hasil jualan merpati ini.

"Ramai yang mempersoalkan minat saya menternak merpati hias kononnya tidak memberi keuntungan dan tiada masa depan. Alhamdulillah, selepas 10 tahun bergiat dalam bidang penternakan ini, ia memberi hasil lumayan buat saya dan keluarga," katanya.

Menurutnya, paling penting untuk menjadi penternak merpati berjaya ialah perlu ada minat mendalam.

"Setiap bidang penternakan mempunyai masa depan yang cerah dan boleh menjana pendapatan lumayan sekiranya dijalankan dengan betul," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sil-menjual-merpati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.232021 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list