CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 0

[Sarawak] Hospital, klinik kerajaan di Sarawak masih terima bayaran tunai

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:40 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Bayaran tunai masih diterima di semua hospital dan klinik milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sarawak, meskipun baru-baru ini diumumkan bahawa pembayaran cuma dilakukan menggunakan e-pembayaran seperti kad debit, kad kredit dan e-dompet mulai 1 Oktober 2022.

Mengesahkannya, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata pengecualian untuk Sarawak dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin selepas mengambil kira liputan Internet yang tidak memuaskan terutamanya di luar bandar.

"YB KJ (Khairy Jamaluddin) telah memberi jaminan, mengambil kira liputan internet di luar bandar Sarawak masih dilaksanakan serta segelintir warga emas yang masih tidak dapat menggunakan gajet digital, bayaran tunai akan terus diterima di klinik-kilini dan hospital-hospital Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

"Terima kasih kerana memahami dan kerjasama ini untuk membolehkan perkhidmatan kesihatan terus dapat diakses dan mampu milik di Sarawak," katanya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

Dr Sim yang juga Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan Sarawak akan menyokong inisiatif bayaran tanpa tunai di klinik dan hospital di bawah KMM.

Ia seiring dengan usaha kerajaan negeri di bawah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mahu Sarawak membangun dan maju dalam ekonomi digital.

Menerusi Pekeliling bertarikh 25 Julai 2022, Ketua Setiausaha KKM menyatakan pembayaran tanpa tunai sebagai pilihan kaedah transaksi itu ditetapkan menerusi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia Tahun 2021 bagi peringkat Persekutuan dan negeri.

Ia turut dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya ketirisan hasil kerajaan, selaras dengan Pelan Antirasuah KKM 2021-2022.


utusanborneo.com.my/2022/07/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.324681 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list