View: 481|Reply: 0
|
[Kelantan]
Lelaki lemas selepas selamatkan 2 budak tergelincir
[Copy link]
|
|
MAYAT mangsa yang ditemukan lemas Air Terjun Lata Kertas, Dabong. FOTO Ihsan JBPM
Kuala Krai: Seorang lelaki mati lemas selepas menyelamatkan dua kanak-kanak yang tergelincir ketika mandi di Air Terjun Lata Kertas, Dabong di sini, hari ini.
Difahamkan dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, Mohd Johari Mohd Rozali, 36, sedang mandi sebelum dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia sembilan tahun tergelincir di atas batu dan terjatuh lalu berpaut pada mangsa.
Dalam keadaan kelam kabut, orang awam yang berada di kawasan perkelahan itu menyelamatkan kedua kanak-kanak berkenaan.
Dalam masa sama mangsa dilihat terkapai-kapai dan lemas sebelum bapa salah seorang kanak-kanak itu menariknya naik dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Kanan II Farizal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian 19 minit kemudian.
Katanya, seramai enam pegawai dan anggota termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari BBP Dabong bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, kami mengambil alih untuk memberikan CPR kepada mangsa, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital yang hadir untuk pemeriksaan.
"Mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan lanjut.
"Operasi berakhir pada jam 11.15 pagi," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 2-budak-tergelincir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|