CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Terengganu] Dua kampung 'ditawan' hidupan liar!

[Copy link]
Post time 5-9-2022 11:03 AM | Show all posts |Read mode

KEHADIRAN kera liar di Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong yang membuatkan penduduk berasa tidak aman.

Kuala Berang: Keamanan dikecapi ratusan penduduk Kampung Belukar Bukit dan Kampung Betong di sini serta sekitarnya semakin tergugat berikutan gangguan kera liar dari kawasan hutan berhampiran.

Sejak awal tahun, penduduk tertekan kerana diancam 'tetamu tidak diundang' itu yang berani menceroboh rumah untuk mencari makanan malah ada yang bersifat agresif dengan merosakkan barangan selain mencederakan penduduk.

Kedudukan kampung yang dikelilingi hutan menjadi faktor kehadiran spesies itu yang sebelum ini hanya berada di hutan dan akan menghilangkan diri apabila melihat kelibat manusia.


Mengakui itu, penduduk Kampung Belukar Bukit, Laila Mat Sharif, 45, berkata, sejak awal tahun dia sudah berasa tidak aman disebabkan kera liar kerap mendekati penempatan mereka dan mengganggu.

"Gangguan semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan ini. Kera menceroboh, mengambil makanan, menyelongkar tong sampah dan merosakkan bahan-bahan mentah.

"Saya pula mengusahakan kedai makan dan menjual barangan runcit yang lebih menarik perhatian kera ini yang biasanya datang berkumpulan. Kalau tidak dihalau, habis barang dirosakkan dan dibawa lari.

"Sebagai contoh, biskut dan roti memang tak boleh letak dalam kedai kerana akan dicuri, manakala telur, gula dan susu pula akan dirosakkan," katanya ketika ditemui.

Laila berkata, dia sudah kehabisan ikhtiar untuk mengelak kedainya menjadi tumpuan kera kerana hidupan itu yang seakan 'licik' apabila mahu mencuri makanan.

Menurutnya, meskipun sudah menutup kedai sepenuhnya, kemunculan kera sedikit sebanyak menakutkan pelanggan yang mahu membeli barangan.

"Jika tidak dapat makanan, kera akan bertenggek di bumbung kedai, merosokkan bahagian atap dan apa-apa yang boleh dimain. Selalunya ia berkumpulan, jadi memang banyak kera," katanya.

Kebimbangan sama turut disuarakan seorang lagi penduduk, Mat Nasir Mat Ghani, 45, yang pernah kerugian RM5,000 apabila tanamannya dirosakkan kera liar.

"Pokok durian dan rambutan saya sudah keluarkan bunga tetapi semuanya dirosakkan kera sebelum sempat berbuah," katanya.

Mat Nasir berkata, lebih merisaukannya jika gangguan kera agresif mengancam keselamatan mereka terutama kanak-kanak dan warga emas.

Katanya, tidak mustahil perkara itu berlaku, memandangkan spesies terbabit sudah berani menceroboh rumah dan tidak lagi takut dengan penduduk.

"Bimbang jika tidak dapat makanan, ia akan lebih agresif apatah lagi kera ini bergerak dalam jumlah besar, biasanya antara 30 ke 50 ekor," katanya.

Mat Nasir berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi gangguan berkenaan, sekali gus penduduk dapat hidup aman seperti sedia kala.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itawan-hidupan-liar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.033026 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list