CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Terengganu] Kepala air: 22 kawasan perkelahan, rekreasi di Terengganu berisiko

[Copy link]
Post time 5-9-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Setiu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengenal pasti sebanyak 22 kawasan perkelahan dan rekreasi yang berisiko berlaku kejadian kepala air.

Pengarahnya, Md Hilman Abd Rashid berkata, ia membabitkan kawasan air terjun dan sungai yang sering menjadi tumpuan ramai terutama ketika cuti sekolah dan hujung minggu bagi melakukan aktiviti beriadah.

Menurutnya, kesemua kawasan berisiko itu berada di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.


"Ia merangkumi empat kawasan di Besut, Setiu (empat kawasan termasuk Ulu Kasar), Hulu Terengganu (lima kawasan), Dungun (lima kawasan) dan empat di Kemaman.

"Semua kawasan ini memang dalam pemantauan kita dan kita sentiasa membuat pemantauan.

"Ia bagi membolehkan tindakan menyelamat dapat dilakukan dengan cepat sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini," katanya ketika meninjau kawasan rekreasi Lata Ulu Kasar yang dilanda fenomena kepala air pada Jumaat lalu.

Md Hilman berkata insiden kepala air yang melanda Lata Ulu Kasar di sini kelmarin perlu dijadikan pengajaran supaya tidak berulang.

Menurutnya, kurang kesedaran dan tidak peka dengan keadaan persekitaran nyaris menyebabkan berlaku kehilangan nyawa.

"Lebih membimbangkan apabila ada segelintir pengunjung yang lebih mengutamakan harta benda berbanding keselamatan diri dan ahli keluarga ketika kejadian kepala air berlaku di tempat rekreasi itu.

"Saya nak tekankan kepada masyarakat apabila berlaku kepala air, harta boleh dicari (tetapi) nyawa tak boleh (sepatutnya) pindahkan ahli keluarga dan saudara mara ke tempat yang selamat dahulu.

"Ini kita tumpukan untuk memindahkan kenderaan bersama dengan anak-anak (dan) pada saya ini memang menempah maut.

"Pada saya sebaiknya kita pindah dan selamatkan ahli keluarga kita ke tempat selamat (dan selepas itu) baru fikir bagaimana mahu menyelamatkan kenderaan kita," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengunjung yang datang ke kawasan perkelahan dan rekreasi terutamanya dalam musim cuti sekolah supaya lebih berhati-hati dalam apa juga situasi.

"Terdapat beberapa tanda kepala air yang boleh dikesan seperti bunyi deruan air, pertukaran warna air sungai, air berbuih dan ada sampah sarap serta kenaikan mendadak paras air.

"Kami harap tahap kesedaran masyarakat dapat ditingkatkan terutama musim peralihan monsun ketika ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 32 mangsa yang berkelah di Lata Ulu Kasar, Setiu berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air.


MD Hilman Abd Rashid (dua kanan) memberikan nasihat kepada para pengunjung yang berkelah dan mandi manda ketika meninjau di Lata Ulu Kasar selepas berlakunya insiden kepala air pada dua hari lepas. FOTO GHAZALI KORI

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nu-berisiko-metrotv
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.072066 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list