CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 2

[Terengganu] Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah

[Copy link]
Post time 6-9-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode

HAMSIAH Mohamad bertemu semula dengan abang kandungnya, Ling Kok Ong setelah mereka terpisah sejak 58 tahun lalu di Bukit Payung, Marang, Terengganu, semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI



MARANG: Tiada kata dapat diungkapkan seorang peniaga, Hamsiah Mohamad, 58, sebaik sahaja melihat sosok tubuh lelaki yang seiras wajahnya berada di depan mata, semalam.

Apa tidaknya, lelaki berketurunan Cina itu, Ling Kok Ong, yang kini berusia 66 tahun merupakan abang kandungnya yang telah terpisah sejak Hamsiah dilahirkan lebih 50 tahun lalu.

Hadir bersama isteri, Josephine Ng, 62, Kok Ong berkata, usaha mencari adik kandungnya itu bermula dengan kunjungan ke tempat mereka membesar di Bukit Besi, Dungun, 17 Ogos lalu.

Kok Ong yang kini menetap di Singapura menjelaskan, hasil maklumat penduduk di situ dia dimaklumkan Hasmiah kini mengusahakan kedai makan di Bukit Payung dekat sini.

“Penduduk di situ memberitahu keluarga angkat Hamsiah yang berketurunan Melayu sudah berpindah sebelum dibantu oleh Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun yang mengatur pertemuan ini.

“Kami terus datang ke sini dan tidak sangka dapat berjumpa semula dengannya. Saya membuat panggilan video bersama ibu serta adik beradik lain di Singapura dan mereka sangat terharu.

“Mereka mengatakan wajah kami seiras dan berhasrat membawa Hamsiah menziarahi ibu kandung kami di Singapura walaupun bapa sudah lama mening­gal dunia,” katanya.

Hamsiah turut tidak dapat menggambarkan perasaannya apa­bila bertemu dengan Kok Ong buat pertama kali setelah terpisah selama 58 tahun.

Katanya, dia tidak menyangka dapat mengenali atau berjumpa keluarga kandungnya kerana sudah terpisah sejak sekian lama dan dijaga keluarga angkat sejak bayi.

“Saya tahu status sebagai anak angkat pada usia 15 tahun namun kasih sayang dicurahkan keluarga angkat tidak pernah berkurang sejak kecil sehingga menginjak dewasa,” ujar ibu kepada dua anak itu.

Ibu bapa kandung Hamsiah difahamkan bekerja di Bukit Besi, Dungun sebelum diserahkan kepada suami isteri Melayu yang juga jiran kepada mereka ketika itu untuk dijadikan anak angkat. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -58-tahun-terpisah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 04:24 PM | Show all posts
Seronoknya baca berita sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 08:01 AM | Show all posts
semoga ikatan kekeluargaan family ni terus berkekalan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.247864 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list