CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Terengganu] Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir

[Copy link]
Post time 15-9-2022 10:45 AM | Show all posts |Read mode

Sulaiman (dua, kiri) meluangkan masa melihat kertas kerja pembelajaran peserta pada Majlis Penutup Program Latihan Reskill dan Upskill Ekopelancongan Kementerian Tenaga dn Sumber Asli (KeTSA), Kursus Asas Jurupandu di Stesen Penyelidikan Alami Kenyir.- Foto Bernama

KUALA BERANG: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan pantas dengan menghentikan sementara aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Kenyir dekat sini, yang didakwa menjadi punca aliran Air Terjun Sungai Lasir bertukar keruh.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Sulaiman Sulong, berkata difahamkan, aktiviti pembalakan di kawasan kira-kira empat kilometer dari hulu Sungai Lasir itu telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran berkenaan dilaporkan dalam akhbar dan laman sosial.

Beliau berkata, operasi itu akan dihentikan sehingga aliran air terjun yang menjadi lokasi tumpuan pelancong ke Tasik Kenyir kembali jernih.

"Pihak Jabatan Perhutanan telah ambil tindakan alternatif dengan segera bagi memastikan pembalakan yang berlaku di sekitar empat kilometer dari hulu Sungai Lasir dapat dihalang atau diminimumkan.


"Pada masa sama, faktor hujan lebat juga dipercayai mengakibatkan berlakunya air keruh dan berkeladak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kursus jurupandu Taman Geo di Tasik Kenyir petang semalam.

Sulaiman mengulas mengenai laporan akhbar semalam yang mendakwa Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir 'indah khabar dari rupa' kerana air keruh dan berkeladak, dipercayai berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan berhampiran.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan semalam dilaporkan berkata, isu air berkeladak di Tasik Kenyir adalah disebabkan hujan lebat dan bukanlah kerana aktiviti pembalakan.

Beliau dipetik sebagai berkata semua aktiviti berkaitan perhutanan dan pembalakan mempunyai syarat-syarat khusus termasuk penentuan jarak bersesuaian antara kawasan pembalakan dengan gigi air bagi mengelak pencemaran. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... n-berhampiran-tasik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.679623 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list