CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 396|Reply: 0

[Terengganu] 350 ekor gajah liar bebas bergerak di dalam hutan di Terengganu

[Copy link]
Post time 15-9-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG pemilik kebun pisang, Mat Rawi Osman menunjukkan sebahagian pokok pisang yang dimusnahkan sekumpulan gajah liar di kawasan Felda Mengkawang, Hulu Terengganu, baru-baru ini.


HULU TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menganggarkan terdapat kira-kira 350 ekor gajah liar yang bebas bergerak di dalam hutan di seluruh negeri ini.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, anggaran itu berdasarkan kepada populasi gajah liar yang menyebabkan inventori dan menimbulkan konflik terutamanya di daerah Kemaman, Setiu serta Hulu Terengganu.

Menurutnya, sebanyak tujuh ekor gajah liar telah berjaya ditangkap pihaknya sepanjang tahun lalu dan bagi tahun ini sehingga Ogos lepas jumlah tangkapan sebanyak empat ekor.

“Terdapat kira-kira 20 lokasi sering dicerobohi dan menerima ancaman gajah liar ini iaitu di Kampung Teladas, Air Putih, Padang Kubu, Perasing Jaya, Felda Neram, Cheneh, Felda Cerol dan Kg Ban Ho bagi daerah Kemaman manakala di Hulu Terengganu melibatkan Kampung Basong, Lubuk Periuk, Gerdong, Sekayu, Padang Star, Durian Bador, serta Kampung Kemat. Daerah Setiu pula di Kampung Pelong, Sri Bayas dan Ulu Seladang.

“Gajah liar yang berjaya ditangkap akan dipindahkan ke habitat asal yang lebih luas dan jauh dari kawasan serangan sebelumnya. Biasanya akan dilepaskan dalam kawasan Taman Negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, faktor utama ancaman atau serangan gajah liar terutamanya di kawasan kebun kerana adanya sumber makanan yang mudah diperolehi iaitu sektor pertanian berhampiran dengan kawasan hutan simpan.

“Selain itu, pemencilan kawasan hutan semulajadi yang merupakan habitat asal gajah untuk pembangunan seperti sektor pertanian, industri perlombongan dan kuari,” ujarnya.

Katanya lagi, jumlah kerugian  kemusnahan tanaman akibat ancaman gajah liar direkodkan dari tahun 2021 sehingga Julai 2022 kira-kira RM1.9 juta.

Beliau juga memaklumkan, tiada sebarang kes kecederaan ke atas orang awam sehingga kini akibat ancaman haiwan berkenaan namun  terdapat kes serangan gajah menyebabkan kecederaan kakitangan Perhilitan pada tahun 2012.– UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... utan-di-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.040753 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list