CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Kelantan] Tiga tahun penghuni ‘mandi’ peluh lif rosak

[Copy link]
Post time 17-9-2022 11:28 AM | Show all posts |Read mode

PENGHUNI kuarters BBP Kota Bharu menunjukkan dua lif yang rosak sejak tiga tahun lalu, di Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED



KOTA BHARU: Lebih 300 penghuni di Kuarters Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu di sini ‘bermandi’ peluh apabila terpaksa turun naik tangga susulan dua buah lif di kawasan tersebut mengalami kerosakan sejak tiga tahun lalu.

Menyulitkan lagi keadaan, ada dalam kalangan penghuni yang mengidap penyakit jantung, gout, asma, ibu mengandung dan anak-anak kecil berdepan kesukaran setiap lagi turun naik tangga di kuarters berkenaan.

Disebabkan masalah tersebut, ramai penghuni membuat keputusan untuk berpindah dari tingkat 10 kepada tingkat lima susulan tidak tahan berdepan situasi tersebut.

Seorang penghuni Rogayah Hasan, 48, berkata, lif merupakan keperluan utama mereka yang tinggal di sini sejak kuarters berkenaan mula beroperasi sekitar 1995.

“Sudah 10 tahun saya tinggal di sini. Namun, sejak tiga tahun kebelakangan ini, situasi menjadi semakin teruk.

“Mulanya, hanya sebuah lif sahaja yang mengalami kerosakan, selepas itu, sebuah lagi turut rosak menyebabkan kami terpaksa turun naik menggunakan tangga,” katanya ketika ditemui pemberita di BPP Kota Bharu, di sini hari ini.

Rogayah memberitahu, walaupun sudah acap kali kemudahan itu dibaik pulih, namun, ia tetap berulang sehingga anaknya hampir tersepit.

Katanya, walaupun mempunyai masalah jantung dan mudah letih dia terpaksa menggunakan tangga ketika tiada pilihan.

Sementara itu, seorang penganggur, Hanif Amin, 27, memberitahu, sebelum ini, dia tinggal bersama keluarganya di tingkat lima, namun, berpindah ke tingkat tiga kerana dua lif tersebut gagal berfungsi sehingga sekarang.

Katanya, penyelenggaran banyak kali dilakukan, tetapi lif hanya boleh digunakan hanya dalam tempoh yang singkat.

“Pernah berlaku penghuni di sini terperangkap selama 30 minit di dalam lif, namun, bernasib baik apabila pasukan bomba cepat bertindak.

“Oleh itu, kami berharap sangat pihak berwajib mengambil langkah segera bagi mengelak masalah ini terus berulang dan sekurang-kurangnya biarlah satu lif yang boleh digunakan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, masalah tersebut sudah berada dalam pengetahuan pihaknya dan usaha membaik pulih kerosakan itu.

Katanya, JBPM Kelantan sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa peralatan dari negara luar untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Masalah sama (lif) turut berlaku di kuarters JBPM negeri di Tunjong,” katanya. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... di-peluh-lif-rosak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.435520 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list