CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Kelantan] Kembar teruja sambung ijazah bersama

[Copy link]
Post time 9-10-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode

NUR 'Alya (kiri) bersama Nur 'Ainaa meneliti borang kemasukan selepas mendaftar masuk ke UMK. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: Kegagalan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu menjadi pendorong kepada pasangan kembar ini untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjejakkan kaki ke universiti.

Pasangan kembar tidak seiras berkenaan, Nur 'Alya Nadhirah Razali dan Nur 'Ainaa Sakinah Razali yang masing-masing berusia 20 tahun memulakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Dengan Kepujian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, hari ini.

Nur 'Alya Nadhirah berkata, selepas menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) mereka tidak berjaya mendapat tawaran di mana-mana universiti awam dan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam dan bersama-sama menduduki Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram, Johor.


"Bagi menebus kekecewaan, kami belajar dengan bersungguh-sungguh kerana mahu membanggakan ibu dan ayah serta menjadi contoh teladan kepada adik-adik yang masih kecil.

"Alhamdulillah, usaha kami berbaloi apabila ditawarkan melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Peruncitan) Dengan Kepujian," katanya ketika ditemui Kemasukan Semester September Sesi Akademik 2022/2023 di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Anak sulung daripada lima beradik ini berkata, ketika mengisi borang permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) mereka tidak mengisinya bersama kerana pada waktu itu dia agak sibuk dengan urusan kerja dan masing-masing tidak mengetahui jurusan apa yang dipohon.

"Bagaimanapun apabila mendapat surat tawaran, saya tidak menyangka kami ditawarkan belajar di universiti dan jurusan yang sama sekaligus memudahkan lagi untuk berbincang mengenai pelajaran yang kurang difahami ketika di bilik kuliah.

"Apabila bersama, semua kerja menjadi mudah terutama ketika berjauhan dengan keluarga dan saya bersyukur kerana kami dapat menghabiskan masa bersama sejak dari kecil sehinggalah ke menara gading.

"Meskipun masing-masing sudah dewasa, saya bersyukur kerana masih diberi rezeki dan peluang untuk kami sentiasa bersama-sama dan saling bantu membantu, namun sedar keadaan ini tidak akan berkekalan selamanya kerana selepas ini masing-masing akan mempunyai kehidupan sendiri.

"Mungkin selepas tamat pengajian nanti, kami perlu membawa haluan masing-masing memandangkan saya meminati bidang pendidikan manakala Nur 'Ainaa Sakinah pula lebih cenderung kepada badan beruniform," katanya.

Ibunya, Hairani Abdullah, 47, berkata, dia berharap anak kembarnya itu berjaya dengan cemerlang dalam bidang diceburi mereka.

"Saya dan suami, Razali Ismail, 47, tidak pernah memaksa anak dalam menentukan bidang pengajian dan memberi dorongan kepada mereka untuk memilih bidang diminati sama ada dalam pendidikan atau kerjaya," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak berkata, seramai lebih 2,000 pelajar baharu program Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2022/2023 mendaftar di ketiga-tiga kampus UMK.

Katanya, Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) mencatatkan jumlah pelajar paling ramai iaitu seramai 717 orang, diikuti Fakulti Keusahawan dan Perniagaan (FKP) seramai 562 orang dan ketiga tertinggi adalah Fakulti Teknologi Kreatif Kesenian dan Warisan (FTKW) seramai 428 orang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bung-ijazah-bersama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.034310 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list