View: 375|Reply: 0
|
[Kelantan]
Wanita terlampau tertekan cuba terjun Jambatan Salor
[Copy link]
|
|
ANGGOTA bomba menenangkan seorang wanita (ditutup) selepas berjaya memujuknya daripada terjun dari Jambatan Salor, Pasir Mas, Kelantan. - FOTO MEDIA SOSIAL
PASIR MAS : Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama kira-kira 10 minit untuk memujuk seorang wanita yang dipercayai terlampau tertekan sehingga cuba terjun dari Jambatan Salor di sini semalam.
Wanita yang berusia 32 tahun itu disyaki bertindak memanjat besi penghadang jambatan kira-kira pukul 9.50 malam sebelum disedari orang awam yang melalui kawasan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 9.52 malam terus bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, semasa tiba di lokasi itu, kelihatan seorang wanita cuba memanjat besi di jambatan tersebut.
“Anggota bomba mengambil masa selama 10 minit untuk memujuk wanita itu sebelum mangsa membatalkan niatnya untuk berbuat demikian.
“Mangsa kemudiannya diserahkan terus kepada suaminya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Muhammad Rizwan Ar-Rafee memberitahu, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai terlampau tertekan sehingga cuba bertindak terjun dari jambatan itu.
Katanya sehubungan itu, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang bertindak cepat menghubungi pasukan bomba apabila mengetahui sebarang maklumat cubaan bunuh diri. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... jun-jambatan-salor/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|