CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 2

[Kelantan] Silap vaksin, pekerja bank saman kerajaan RM20 juta

[Copy link]
Post time 12-10-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Silap vaksin, pekerja bank saman kerajaan RM20 juta

oleh  HAZELEN LIANA KAMARUDIN  12 Oktober 2022   02:10pm






Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Rabu selepas mendakwa menerima vaksin berlainan semasa pengambilan dos kedua pada Ogos tahun lalu.




KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu selepas mendakwa menerima vaksin berlainan semasa pengambilan dos kedua pada Ogos tahun lalu.

Saman tersebut turut dikemukakan ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Pengarah JKNK.

Tuntutan RM20 juta itu melibatkan ganti rugi am RM10 juta, khas RM5 juta dan tauladan RM5 juta.

Peguam bela, Nor Hayati Mohd Nawi berkata, plaintif yang dikenali sebagai Muhamad berusia 28 tahun itu menyedari dirinya menerima vaksin berlainan selepas seminggu mengalami demam, sakit badan, gatal dan sukar bernafas.

Menurut beliau dari Tetuan Nor Hayati & CO, selepas mengalami situasi tersebut plaintif telah membuat semakan pada MySejahtera dan terkejut setelah mendapati dos kedua yang diberikan kepadanya ialah Pfizer bukannya Sinovac.

"Muhamad telah merujuk masalah ini kepada pihak berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tetapi hanya kad pengesahan sahaja yang diambil dan tiada sebarang tindakan dilakukan.

"Selepas itu plaintif melalui detik-detik yang sukar apabila badannya mulai gatal sehingga menyebabkan dia terpaksa menggaru dan perbuatan tersebut meninggal parut," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.

Tambah Nor Hayati, perkara terbabit juga mengganggu fokus plaintif semasa bekerja sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan yang teruk.




Ujarnya, lebih memburukkan lagi keadaan, Muhamad mengalami Somatic Symptom Disorder sehingga memaksanya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta perlu mengambil antara dua hingga tiga jenis ubatan setiap hari untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau berkata, Muhamad juga perlu bergantung kepada ubat telan dan sapuan sehingga sekarang untuk menghilangkan gatal pada badannya.

"Plaintif masih bujang dan menyara ibu serta seorang adik perempuan.

"Disebabkan sakit yang dialami dia tidak dapat meneruskan hidup dengan baik serta sentiasa berada dalam keadaan tidak selesa kerana kudis dan kegatalan yang dialami," katanya.

Menurut beliau, saman tersebut sudah difailkan dua minggu lalu dan mahkamah memberikan tarikh 23 Oktober untuk sebutan kes.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2022 06:11 PM | Show all posts
Pada 2021, KJ dgn bangganya menyebut 4 juta lengan telah di cucuk dgn badshit pfizer yg dah terbukti hanya produk penipuan kaw kaw itteww...... so lani dalam 4 juta tuuu berapa masih hidup berapa dah golll berapa suffer AEFI yg kronik ?   Adakah penerima yg masih hidup mahupun waris penerima yg telah goll tak kepingin utk turut saman kerajaan ekk ?



[]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]

https://www.freemalaysiatoday.co ... -kj-jawab-guan-eng/


4 juta vaksin Pfizer dari EU ‘di lengan rakyat’, penasihat khas KJ jawab Guan Eng
FMT Reporters -

June 23, 2021 10:09 PM







PETALING JAYA: Semua vaksin Pfizer yang dibeli dan diterima dari Kesatuan Eropah (EU) sudah diberikan kepada penerima yang layak sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan, 23 Februari lalu.
Penasihat Khas (Sains) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohd Ghows Mohd Azzam dalam ciapan Twitternya berkata, semua vaksin Pfizer itu juga dibeli kerajaan, bukannya disumbangkan EU sekali gus menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, bahawa vaksin berkenaan adalah sumbangan EU.
“YB @guanenglim, semuanya di lengan rakyat Malaysia. Setakat semalam, 6.3 juta dos sudah diberikan.
“Empat juta Pfizer yang dibeli sudah tiba, manakala 445,000 dos dijangka sampai minggu ini dan minggu seterusnya, menjadikan semuanya berjumlah 4.87 juta dos seperti diluluskan untuk dieksport,” katanya menjawab dakwaan Lim.



Dalam pada itu, Mohd Ghows berkata, sebanyak 828,000 dos AstraZeneca dari pelan peruntukan vaksin Covid-19 global, COVAX pula diterima menerusi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).
Terdahulu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP,  meminta Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, menjelaskan apa yang berlaku terhadap lima juta dos vaksin dihantar EU ke negara ini, 15 Jun lalu.
Lim berkata, EU sudah membuat penafian mengejutkan berhubung dakwaan Khairy bahawa kesatuan itu membolot vaksin sedangkan mereka mendedahkan sudah meluluskan pengeksportan lebih lima juta dos bagi membantu Malaysia mempercepatkan PICK.
Beliau berkata, kerajaan PN sangat tidak bertanggungjawab dan tidak kompeten apabila secara konsisten meneruskan naratif bahawa krisis kesihatan Covid-19, krisis ekonomi dan politik tidak ada kaitan dengan mereka.

Katanya, kegagalan untuk melaksanakan SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) yang konsisten, mempercepat kelulusan vaksin dan pelaksanaan segera PICK adalah tanggungjawab kerajaan PN sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2022 06:11 PM | Show all posts
haih... dah dekat2 dgn pilihanraya nih, kang pembangkang bakal di tuduh sebagai cuba menjatuhkan kredibiliti kerajaan dgn cara ni,

tapi pihak pembangkang punggg sokong gak badshit ,

depa pungg kalut gak nak para penduduk di bawah pemerintahan negeri2 depa di badshit so alasan nak salahkan pembangkang nih tak masuk akal...

Kerajaan nak defend diri camna tuuu dah terbentang trang tang tang di press release Pfizer yg telah menyebarkan fake news mengenai clinical trial lalu telah pungg wujud konkrit proof yg penipuan telah dilakukan oleh company itteww

jenuhhh membayar saman ler nanti ..... 4 juta orang yg lengan depa dah ada badshit itteww kalau join venture menyaman kerajaan lagi hebat dari yg waris sulu demand kang
Petronas lari dari waris sulu masuk ke mulut boya 4 juta pemilik lengan yg di cucuk dgn Pfizer ?   Kuang3
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.046774 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list