|
MUHAMMAD Nurdanial Haiqal dipenjara enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu selepas mengaku mencuri dua buah televisyen di dalam dua bilik hotel, Isnin lalu. FOTO Hidayatidayu Razali
Kota Bharu: Penghantar barangan runcit dipenjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri dua televisyen dalam bilik hotel, Isnin lalu.
Tertuduh, Muhammad Nurdanial Haiqal Mohd Jaffri, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa mencuri dua televisyen jenama Hisense dan Haier yang berada di dalam dua bilik di sebuah hotel di Jalan Hamzah, di sini pada 10.30 pagi, 10 Oktober 2022.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Mengikut fakta kes, pekerja lelaki yang mengemas dua bilik hotel itu pada 10.30 pagi, 10 Oktober lalu mendapati dua televisyen hilang sebelum memaklumkannya kepada pengurusan hotel.
Penyelia hotel kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tertuduh masuk ke dalam bilik berkenaan dan membawa keluar dua televisyen bernilai RM800 melalui tangga di hadapan hotel.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yusnaliza Mohammad Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd Amin.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-curi-dua-tv-hotel |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|