CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

[Kelantan] Sahabat baik 'pergi' bersama

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Machang: "Dia sepatutnya mencari rumah sewa untuk kami sekeluarga, namun hasratnya tidak tercapai apabila terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia di lokasi kejadian," kata Mohamad Zakaria, 47.

Mohamad berkata, arwah anaknya, Mohamad Azizi Mohamad, 19, ada memberitahunya untuk keluar mencari rumah sewa dan ditemani rakannya, Muhammad Nur Aqashah Danial Muhammad, 16, yang turut maut dalam kemalangan yang berlaku di Simpang Kuari Bukit Buloh, tengah hari tadi.

Katanya, Mohamad Azizi dan Muhammad Nur Aqashah Danial sudah diibaratkan seperti adik beradik disebabkan keakraban mereka, namun tidak menyangka kedua-duanya meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang anaknya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.


"Ketika kejadian saya berada di kedai makan, rakan memberitahu anak terbabit dalam kemalangan dan bergegas ke lokasi kemalangan, namun anak sudah meninggal dunia dan terbaring kaku di atas jalan.

"Pada waktu itu, sukar untuk saya percaya, namun perlu reda dan menerima ketentuan Allah SWT," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Machang, di sini, hari ini.



KEADAAN motosikal ditunggang mangsa. FOTO Ihsan Pembaca.

Sementara, bapa seorang lagi mangsa, Muhammad Hassan, 53, berkata, sebelum kemalangan anaknya, Muhammad Nur Aqashah Danial beria-ia mengajak kakaknya berniaga minuman, namun kakaknya enggan berbuat demikian.

"Disebabkan itu, kakaknya tidak berhenti menyalahkan diri sambil menangis atas kejadian yang menimpa Muhammad Nur Aqashah Danial.

"Bagaimanapun, kami sekeluarga memujuknya dan memberitahu apa yang berlaku adalah suratan takdir dan perlu menerimanya meskipun pahit untuk ditelan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah berkata, kemalangan berlaku pada 12.07 tengah hari.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati motosikal Naza yang ditunggang mangsa dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu, manakala lori yang dipandu lelaki berusia 39 tahun dari arah simpang Pulai Chondong.



ALLAHYARHAM Mohamad Azizi dan Muhammad Nur Aqashah. FOTO Hazira Ahmad Zaidi.

"Setibanya di lokasi kejadian, lori berkenaan menyeberang jalan menuju ke Simpang Kuari Pusat Bukit Buluh dan motosikal yang ditunggang mangsa bersama pembonceng dipercayai merempuh bahagian sisi sebelah kanan lori.

"Akibat perlanggaran itu, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak di atas jalan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal kemalangan berpunca dari kecuaian pemandu lori ketika menyeberang jalan sehingga menyebabkan motosikal mangsa merempuh bahagian sisi kanan tangki minyak lori berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rgi-bersama-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039274 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list