CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Terengganu] Bergaduh kerana bola

[Copy link]
Post time 16-10-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan insiden berkenaan.

Kuala Berang: Angkara provokasi melampau seramai 15 hingga 30 orang penyokong bola sepak di daerah ini bergaduh merosakkan pagar bahagian padang dan cermin kedai makan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pada petang semalam berlangsung perlawanan bola sepak peringkat suku akhir antara dua pasukan mewakili dua kampung di Padang Astaka Kuala Berang.

Menurutnya, perlawanan berkesudahan dengan Kampung Matang FC, menang dengan jaringan 1-0 menentang Bima FC.


"Selepas tamat perlawanan berlaku provokasi antara kedua-dua pihak hingga berlaku kekecohan di luar padang.

"Kedua-dua belah pihak melakukan provokasi membabitkan anggaran antara 15 hingga 30 orang lelaki di kawasan premis sebuah kedai makan berhampiran kawasan perlawanan," katanya.

Menurutnya, pada 6.55 petang, pihaknya mengarahkan anggota peronda bertugas ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan kekecohan berjaya dileraikan tidak lama kemudian.

Katanya, siasatan mendapati berlaku beberapa kerosakan di pagar padang bola sepak dan cermin dinding di salah sebuah kedai makan turut pecah akibat kejadian.

Beliau berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa.

Tambahnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, sudah memanggil penganjur perlawanan dan kedua-dua pihak pengurusan pasukan bola sepak terbabit ke IPD Hulu Terengganu untuk siasatan berkaitan kejadian.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan pihak berkaitan belum membuat laporan polis.

"Kita meminta penyokong pasukan bola sepak di daerah ini lebih rasional dan tidak melakukan provokasi melampau hingga mengundang rasa tidak puas hati dan secara tidak langsung tercetusnya pergaduhan," katanya.

Difahamkan kedua-dua pasukan berentap pada Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ergaduh-kerana-bola

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.179103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list