View: 331|Reply: 0
|
[Pahang]
Menangis kemas barang, diuji banjir setiap tahun
[Copy link]
|
|
Beberapa rumah penduduk dinaiki banjir di Kampung Batu Kapor di Mentakab, Temerloh semalam.
TEMERLOH – “Kali pertama dalam hidup ini saya keluar air mata sambil kemas barang.”
Itu luahan Rosilawati Rosedi, 40, seorang penduduk Kampung Batu Kapor, Mentakab di sini, apabila mengenangkan nasibnya yang terpaksa berhadapan bencana banjir setiap tahun.
Banjir besar pada tahun lalu menyaksikan semua rumah di Kampung Batu Kapor yang terletak berhampiran Sungai Semantan tenggelam dan kebanyakannya tidak nampak bumbung.
Malah tahun ini, penduduk di kampung itu telah dua kali berhadapan dengan banjir termasuk kejadian terbaharu bulan ini.
Menurut Rosilawati, meskipun banjir menjadi ‘asam garam’ penduduk di situ, namun mereka penat dan kecewa kerana setiap tahun terpaksa berpindah serta membersihkan rumah.
Katanya, kerugian harta benda turut berlaku apabila ada barangan yang tenggelam dan struktur rumah yang rosak selain kematian haiwan peliharaan termasuk kucing kesayangan.
“Setiap kali banjir kami berpindah dan banyak pihak akan datang termasuk ada yang membantu membersihkan rumah dan memberi bantuan, tetapi kami tetap kena hadap lagi banjir.
“Tiada langkah berkesan yang dilakukan pihak berkuasa bagi memastikan banjir tidak berulang termasuklah pembinaan tebatan bah yang masih belum ada tanda-tanda dimulakan,” katanya semalam.
Elva Susanti Muktaridi, 46, berkata, setiap kali banjir, dia bukan sahaja risaukan harta benda, malah keadaan anak lelakinya, Yazid Zulkepli, 12, yang sukar berjalan kerana mengalami kecacatan kaki kanan.
Yazid terpaksa diangkat ke atas bot kerana tidak dapat menaiki bot dengan sendiri.
“Kami bukan sahaja terpaksa pindahkan barang-barang, tetapi anak-anak sekali. Kali ini saya dan suami sekali lagi mengangkat Yazid ke atas bot,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... anjir-setiap-tahun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|