CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 343|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ronaldo menangis dituduh merompak

[Copy link]
Post time 16-12-2022 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Ronaldo menangis dituduh merompak

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Disember 16, 2022 @ 2:48pm  [email protected]




Lapan lelaki warga Filipina dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini, untuk pertuduhan terbabit rompakan berkumpulan. - NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Seorang lelaki warga Filipina gagal menahan emosi sebelum tiba-tiba menangis ketika didakwa terbabit rompakan berkumpulan bersama tujuh rakan senegara di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ronaldo Dugasan, 51, dilihat menangis sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam bahasa Inggeris, sebelum berulang kali menyatakan dirinya tidak bersalah.

"Saya bukan perompak, saya penyeluk saku sahaja. Keluarga tidak tahu saya ditangkap.

"Kes (mahkamah) bukan ada di sini sahaja, ada lagi di Kuala Lumpur dan Melaka," katanya.

Hakim Mohammad Khalid bagaimanapun menasihati tertuduh supaya memaklumkan masalah dihadapi itu kepada ahli keluarganya supaya mereka boleh meminta bantuan daripada pihak kedutaan atau peguam berhubung perkara itu.

Terdahulu, Ronaldo bersama tujuh tujuh lagi warga Filipina mengaku tidak bersalah atas pertuduhan terbabit rompakan berkumpulan ke atas seorang lelaki warga Bangladesh membabitkan kerugian wang tunai RM14,800.

Ronaldo bersama enam yang lain iaitu Jemar Yulor, 37; Noel Guiral, 50; Danny Sumalinog, 53; Hector Jude, 37; Ramil Cabalo, 52 dan Rosalito Redublado, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Kesalahan itu didakwa dilakukan bersama seorang lagi suspek yang masih bebas di satu lokasi sekitar daerah Timur Laut kira-kira jam 1.30 tengah hari pada 13 November lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd Shukri tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas semua tertuduh yang memasuki negara ini menggunakan visa pelancong.

Mahkamah membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan menetapkan 30 Januari depan untuk sebutan semula kes.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.794949 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list