View: 280|Reply: 0
|
[Terengganu]
Lebih sejam dipujuk, masih enggan berpindah ke PPS
[Copy link]
|
|
PASUKAN keselamatan ke lokasi tujuh beranak yang enngan berpindah ke PPS. FOTO Ihsan Bomba
Kemaman: Dipujuk lebih sejam, tujuh beranak tetap enggan berpindah walaupun sekeliling kediaman mereka sudah ditenggelami air hampir dua meter, di Kampung Pasir Gajah, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai Mohd Zailani Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat awam sebelum ke kawasan berkenaan yang terletak sejauh kira-kira dua kilometer dari jalan utama pada 6 petang.
"Berikutan lokasi rumah itu berada dalam ladang kelapa sawit, kami terpaksa melalui celah-celah pokok sawit yang ditenggelami air sedalam paras dada sebelum tiba di lokasi
"Sebaik tiba, kita mendapati ada seramai tujuh mangsa daripada satu keluarga termasuk dua warga emas berusia lingkungan 70-an dan kanak-kanak berusia sekitar dua tahun berada di rumah berkenaan.
"Kami mengambil masa lama memujuk keluarga terbabit tetapi mereka tetap enggan berpindah," katanya di sini, hari ini.
Zailani berkata, alasan keluarga terbabit enggan berpindah kerana kedudukan rumah mereka berada di kawasan tinggi dan tidak dinaiki air.
Bagaimanapun katanya, walaupun kedudukan rumah mereka di kawasan tinggi tetapi keluarga terbabit perlu berpindah kerana semua jalan untuk keluar daripada kawasan berkenaan dinaiki air.
"Saya kesal apabila masih ada penduduk yang enggan mematuhi arahan untuk berpindah. Keselamatan mangsa adalah tanggungjawab kami dan sekiranya berlaku sesuatu masyarakat akan menuduh pihak berkuasa tidak peka dengan keselamatan mangsa banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-berpindah-ke-pps |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|