CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 1

[Pulau Pinang] KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini

[Copy link]
Post time 7-2-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode
KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum Mac ini


Februari 7, 2023 @ 10:59am



NIBONG TEBAL, 13 Jan --



NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasar untuk menyelesaikan isu kekurangan guru di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu mulai Mac ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata walaupun isu kekurangan guru tidak kritikal di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia berbanding sekolah di Sarawak, isu itu tetap akan diberi perhatian sewajarnya.

Jelasnya, pihak KPM akan cuba mengatasi isu kekurangan guru di mana-mana negeri yang masih menghadapi masalah tersebut.

Bagaimanapun Fadhlina berkata sebagai permulaan, pihaknya akan menyegerakan pengisian kekurangan guru di Sarawak terlebih dahulu.



"Untuk negeri lain kita lihat juga perkara itu, dan saya fikir dengan adanya persiapan guru kita ini, sebelum buka sekolah Mac ini, Insya-Allah kita akan cuba atasi mana-mana negeri yang ada masalah isu kekurangan guru," katanya baru-baru ini.

Pada Sabtu, Fadhlina memaklumkan KPM akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran jumlah 3,000 kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan.

Katanya usaha itu adalah langkah awal pihaknya bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di Sarawak.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa penyelesaian mampu dicapai meskipun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2023 11:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.428196 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list