CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 0

[Pulau Pinang] Semak semula etika pakaian di hospital - Muda

[Copy link]
Post time 15-2-2023 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Semak semula etika pakaian di hospital - Muda

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN15 Februari 2023 05:54pm






Foto hiasan 123RF - Gambar kecil: Yu Xiang




GEORGETOWN - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Pulau Pinang mahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyemak semula polisi etika pakaian untuk orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan di premis KKM.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lim Yu Xiang berkata, perkara itu perlu dibuat bagi mengelak insiden seperti yang berlaku di sebuah hospital di Perak yang mana seorang wanita diminta pulang menukar pakaian oleh pegawai bertugas kerana memakai seluar pendek.

Menurutnya, insiden seperti ini tidak boleh terus berulang dan menyusahkan rakyat yang ingin mendapatkan perkhidmatan ditawarkan kerajaan.

"Setelah kes seorang wanita dihalang masuk ke balai polis untuk membuat laporan kerana berpakaian tidak mengikut etika, sekarang berlaku pula kejadian seorang pesakit yang berseluar pendek tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di hospital.

"Pesakit berkenaan diminta menukar seluar panjang sebelum mendapatkan rawatan di jabatan kecemasan pada jam 11 malam," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Rabu.

Yu Xiang berkata, hospital adalah tempat untuk merawat pesakit, menghilangkan kesakitan dan menyelamatkan nyawa.

Katanya, insiden penolakan pesakit disebabkan pemakaian tidak sewajarnya berlaku, terutamanya pesakit yang masih dalam kesakitan yang teruk dan kes kecemasan.

"Justeru kerajaan, khususnya KKM perlu tampil untuk menyemak semula polisi etika pakaian agar insiden seperti ini tidak terus berulang dan menyusahkan rakyat," katanya.




Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kerajaan Perak akan menyiasat secara terperinci mengenai dakwaan yang tular di media sosial seorang pesakit wanita diminta meninggalkan Hospital Kampar kerana berpakaian kurang sopan oleh pegawai perubatan bertugas.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, berdasarkan maklum balas diberikan pihak hospital, kejadian berlaku pada 12 Februari lalu jam 11 malam apabila seorang wanita hadir di Unit Kecemasan Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, selepas diperiksa, pegawai bertugas menegur pakaian kurang sopan yang dipakai wanita berkenaan sebelum bertindak meninggalkan kaunter di unit kecemasan hospital berkenaan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059458 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list