CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pukat rosak, poket 'koyak'

[Copy link]
Post time 16-2-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Pukat rosak, poket 'koyak'


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



NELAYAN menunjukkan antara sisa pokok bakau yang hanyut dan tersangkut pada pukat, sekali gus menyebabkan pukat mereka rosak.




Balik Pulau: Labuh pukat terus koyak, begitu situasi dihadapi nelayan di perairan Pulau Betong di sini, ketika turun ke laut apabila pukat mereka rosak akibat tersangkut pada pokok bakau hanyut.

Selain kekurangan hasil tangkapan, nelayan pantai yang menangkap ikan dan udang di perairan berkenaan juga semakin berkurangan sejak September tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang, Arshad Omar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas pemilik tanah berhampiran didakwa melakukan kerja pembersihan tanah sepanjang dua kilometer bagi membina kolam udang.

Kerja pembersihan tanah itu didakwa membabitkan penebangan pokok bakau.

Pokok berkenaan dikatakan dibiarkan di tebing sebelum dihanyutkan air pasang.

"Kerja pembersihan tanah di lokasi terbabit dipercayai bagi pembinaan kolam udang namun ia tidak bermakna pemiliknya boleh lakukan sesuka hati kerana kesannya ditanggung kira-kira 600 nelayan daripada empat unit nelayan.

"Ramai nelayan mengadu pukat mereka kerap rosak akibat tersangkut pada pokok bakau hanyut setiap kali pukat itu dilabuhkan.

"Ketika ini, kurang 300 nelayan masih bertahan mencari hasil laut di perairan ini," katanya.

Mengulas lanjut, Arshad berkata, pukat biasanya tersangkut pada pokok bakau yang bersaiz besar dan sukar dialihkan.

Katanya, dia sudah mengirim surat kepada beberapa agensi termasuk Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perikanan Negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membantu untuk mengatasi masalah terbabit.

"Pengusaha kolam mendakwa, pokok bakau itu hanyut kerana hakisan. Namun, jika dilihat, sukar untuk mempercayai ia berlaku disebabkan hakisan namun kami tidak mahu menuduh sesiapa, biar pihak berkuasa jalankan siasatan.

"Perairan ini diketahui sebagai lubuk ikan dan udang seperti udang kaki merah dan udang rawa," katanya.

Nelayan yang terkesan membabitkan empat unit nelayan iaitu Unit Nelayan Pulau Betong, Kuala Sungai Pinang, Jalan Baru dan Sungai Burung.

Harian Metro turut meninjau lokasi dengan menaiki bot bersama nelayan sejauh enam kilometer dari Jeti Unit Nelayan Pulau Betong pada jam 3 petang iaitu ketika air laut mula pasang.

Hasil pemerhatian, tiada pokok bakau yang terapung di sekitar perairan.

Namun difahamkan, pokok bakau terbabit berada di dasar laut, malah ada juga longgokan pokok bakau yang sudah ditebang di tebing berhampiran.




Disiarkan pada: Februari 16, 2023 @ 7:01am
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.071347 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list