CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8196|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 beranak nyaris maut Vellfire terbakar

[Copy link]
Post time 8-3-2023 09:36 PM | Show all posts |Read mode
2 beranak nyaris maut Vellfire terbakar


Zuhainy Zulkiffli - Mac 8, 2023 @ 8:47pm [email protected]




Anggota bomba memadamkan kebakaran MPV dinaiki dua beranak di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, berhampiran Permatang Pauh, petang tadi. - FOTO IHSAN JBPM




BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbakar di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Permatang Pauh, Perai, di sini hari ini.

Teoh Goay Peng, 54, bernasib baik tidak mengalami cedera, namun anaknya, Lim Wei Sze, 22, melecur di kaki.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Syamzul Razman Abd Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.55 petang sebelum menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian.

"Ketika di lokasi, didapati ada kebakaran membabitkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang dinaiki dua wanita. Anggota pasukan membantu memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 3.08 petang," katanya di sini, hari ini.

Katanya, kenderaan berkenaan musnah sehingga 90 peratus dalam kebakaran itu, manakala dua beranak terbabit berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

"Mangsa diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan di lokasi sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.39 petang," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.032614 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list